Seorang ibu tunggal menanggung azab selama satu jam apabila kemaluannya bukan sahaja dilumur dengan cili api malah mata dan badannya turut dibelasah dengan hos getah dan objek keras lain sebaik mangsa dilarikan oleh empat suspek dari rumahnya di Kampung Gong Tengah Dua, Merang , Setiu, Ahad lepas.
Mangsa mendakwa, sebelum kejadian berlaku dia dihubungi oleh seorang wanita sekampungnya melalui telepon pada jam kira-kira jam 9 malam hari berkenaan memberitahu ingin bertemu.
Menurutnya, tidak lama kemudian, wanita berusia 52 tahun itu bersama dua anak lelaki dan seorang menantu perempuannya sampai di pekarangan rumah mangsa dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda pikup.
“Saya terus pergi ke arah kenderaan tersebut kerana tidak menyangka mereka datang dengan niat buruk tambahan lagi kami saling mengenali.
“Namun sebaik sahaja menghampiri kenderaan tersebut, tiba-tiba salah seorang anak suspek tendang saya menyebabkan saya terjatuh sebelum mereka menarik saya masuk ke dalam kenderaan kemudian melarikan saya,” katanya yang ditemui di kampung asalnya di Kampung Alor Belanga dekat sini semalam.
Mangsa berkata lagi, kejadian tersebut tidak disedari anak-anaknya yang ketika itu berada di bahagian dapur rumah kerana sedang membuat keropok lekor yang diusahakan keluarganya.
Menurutnya, sebaik dilarikan, salah seorang susperk bertindak melumurkan cili pada kemaluannya menyebabkan dia merasa kepanasan yang teramat sangat.
Namun katanya, apa yang dilakukan wanita itu bersama menantu dan anaknya tidak terhenti di situ sebaliknya bahagian muka dan matanya pula dipukul bertalu-talu tanpa belas kasihan.
“Kesakitan akibat dipukul di bahagian badan dan muka lebih lebih menyakitkan sehingga saya tidak terasa kepanasan terkena cili itu lagi.
“Ketika di dalam kenderaan , saya merayu agar tidak dipukul lagi namun mereka tidak endah rayuan saya sebaliknya berterusan memukul bahagian belakang dan lengan saya dengan beberapa objek termasuk hos getah dan beberapa benda lain dipercayai tapak selipar keras dan objek lain yang saya tidak jelas.
0 comments:
Catat Ulasan