Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

15 Jun 2016

BAHANA DUKUNG ANAK JALAN ATAS BARA


Seorang budak lelaki berusia enam tahun dikejarkan ke hospital akibat melecur teruk selepas terjatuh dari dukungan bapanya yang berjalan di atas bara api semasa upacara keagamaan di sini.

Bapanya yang berkaki ayam dengan mendukung anaknya Kartik berjalan di atas bara api ketika dia tiba-tiba hilang imbangan dan jatuh semasa upacara pada hari Ahad, kata jurugambar AFP yang berada di tempat kejadian.

Pengunjung yang berada di lokasi bergegas menyelamatkan dan membawa Kartik ke hospital selepas ahli keluarga yang lain enggan menemaninya kerana percaya tuhan akan menyembuhkannya.

"Kanak-kanak itu dimasukkan ke wad kecemasan dan mengalami luka terbakar pada anggota badan dan sebelah peha," kata doktor Jangpreet Singh kepada AFP.

"Bapa kanak-kanak itu pula mengalami kesan melecur 15 peratus. Pesakit mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya lima hingga tujuh hari untuk sembuh," katanya

Sekitar 600 penganut berkumpul di bandar Jalandhar berpesta untuk menghormati dewi Maa Maariamma.

Penganut perlu berpuasa selama tujuh hari sebelum berjalan di atas bara api yang bertujuan untuk memujuk dewa.

Tiga tahun lalu, seorang ibu membawa anak perempuannya tergelincir dan jatuh di atas bara api juga semasa upacara tersebut.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI