Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

8 Mei 2016

SADIQ KHAN TOKOH MUSLIM PERTAMA TADBIR KOTA LONDON


KOTA LONDON : Sadiq Khan, anak pemandu bas, menjadi datuk bandar Muslim pertama bandar raya ini selepas mengalahkan pencabar yang cuba mengaitkannya dengan pelampau Islam.

Kemenangan Sadiq yang mewakili parti Buruh juga menjadikannya Muslim pertama untuk mengetuai sebuah bandar raya Barat, diumumkan sejurus selepas tengah malam tadi (waktu London).

Sadiq, 45, bekas peguam hak asasi manusia, menumpaskan calon Parti Konservatif yang juga anak bilionair, Zac Goldsmith, 41.

“Pilihan raya ini tidak terkecuali daripada kontroversi dan saya bangga London memilih harapan berbanding kebimbangan dan perpaduan berbanding perpecahan,” kata Sadiq ketika menyampaikan ucapan ringkas selepas pengumuman keputusan pilihan raya itu.

Jurang 13.6 peratus undi yang diperoleh Sadiq terhadap Goldsmith adalah yang paling besar dalam tempoh 16 tahun pilihan raya datuk bandar London, membuktikan tuduhan kononnya dia mempunyai hubungan dengan kumpulan pelampau gagal memecah-belahkan penyokong Parti Buruh atau mempengaruhi pengundi.

Dia menggantikan Boris Johnson dari Parti Konservatif yang mentadbir bandar raya dengan 8.6 juta penduduk itu sejak lapan tahun lalu.

Johnson yang menyokong usaha menarik Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU) dilihat sebagai pencabar yang akan menggantikan David Cameron sebagai ketua Konservatif dan perdana menteri.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI