Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

15 Mei 2016

PENULARAN VIRUS ZIKA DI THAILAND DAN SINGAPURA CEMASKAN MALAYSIA?


Jabatan Kesihatan Kelantan mengambil langkah berwaspada termasuk melakukan saringan ke atas pelancong asing terutama dari negara Afrika dan Amerika Selatan yang memasuki negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher memaklumkan kebimbangan ini berasaskan laporan virus Zika dikesan di Thailand.

Sebagai negeri yang bersempadan dengan Thailand, langkah pemantauan dan berjaga-jaga dilakukan bagi mengekang kemasukan virus berkenaan ke negeri ini.

"Kita kena membuat saringan mereka yang pergi melancong atau pelawat dari Afrika dan Amerika Selatan.

Kalau mereka datang ke sini, kemungkinan itu boleh membawa kuman Zika itu kerana kita ada vektor nyamuk itu dan tempat ini kemungkinan berisiko kerana setakat ini Thailand dilaporkan terdapat satu kes namun tidak pasti kawasan mana," katanya selepas Majlis Gotong Royong Perdana Peringkat Daerah Machang, di sini.

Dr Ahmad Razin menjelaskan, sehingga kini tiada kes virus Zika di kesan di negeri ini.

Pemantauan dilakukan di semua pintu masuk ke negeri ini melibatkan pelancong asing dari benua Amerika.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, kes denggi di Kelantan tidak menunjukkan trend meningkat sepanjang awal Januari hingga Mei tahun ini.

Dr Ahmad Razin menjelaskan sepanjang tempoh berkenaan, sejumlah 1,800 kes dilaporkan melibatkan satu kematian.

Dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan, kes denggi menunjukkan penurunan dari 50 kes kepada 25 kes seminggu yang dilaporkan.
Bagaimanapun, beliau menasihati rakyat Kelantan supaya mengambil langkah menjaga kebersihan serta memastikan tiada takungan air yang terdedah sepanjang musim panas.

Ia tertumpu di daerah Kota Bharu yang telah mencatatkan jumlah kes tertinggi berbanding daerah lain di negeri itu.

Singapura menjadi negara kedua di rantau Asia Tenggara dilaporkan mengimport kes pertama virus Zika, kata pihak berkuasa hari ini.

Mangsa dikatakan lelaki berusia 48 tahun, pemastautin tetap yang pernah mengembara ke Sao Paulo, Brazil bermula 27 hingga 7 Mei lalu.

Kementerian Kesihatan dan Agensi Persekitaran Kebangsaan dalam kenyataan bersama berkata mereka dimaklumkan berhubung kes itu, hari ini.

Lelaki terbabit dikatakan mengalami demam dan ruam sejak Selasa lalu dan dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth Novena, pada Khamis dan dia dikuarantin.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI