Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

15 Mei 2016

DI BELASAH SAMPAI LUNYAI DIK HARTA PUNYA PASAL..


Seorang lelaki patah pergelangan tangan kanan dan satu jari kaki akibat dibelasah tiga adik-beradiknya gara-gara tidak puas hati dengan pembahagian harta pusaka.

Ketua Polis Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata dalam kejadian di Kampung Pak Kiang, Kampung Raja di sini tengah hari semalam, tiga adik-beradik mangsa berusia 17 hingga 37 tahun telah memukul mangsa menggunakan besi dan kayu.

Beliau berkata sebelum kejadian, ketiga-tiga suspek datang berjumpa mangsa berumur 33 tahun itu bagi membincangkan pembahagian harta pusaka membabitkan tanah peninggalan orang tua mereka hingga berlaku pertengkaran.

Kesemua adik-beradik mangsa ditahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI