Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

14 Mac 2016

SEKOLAH BAKAL DI TUTUP JIKA CUACA PANAS MELAMPAU


Kementerian Pendidikan akan me­ngarahkan sekolah-sekolah ditutup sementara jika cuaca panas melampau yang sedang melanda negara ketika ini bertambah buruk apabila sesi persekolahan dibuka semula pada minggu depan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan (gambar kecil) berkata, sebuah jawatankuasa khas yang turut dianggotai oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) ditugaskan untuk memantau suhu semasa di seluruh negara.

“Seperti kes jerebu, Indeks Pen­cemaran Udara (IPU) digunakan sebelum kita isytihar sekolah ditutup.

“Bagi kes suhu panas ini pula, kita akan berpandukan kepada bacaan suhu sama ada sekolah boleh ditutup atau sebalik­nya,” kata beliau selepas menghadiri majlis tarian belia Boomi Poojai di sini semalam.

Menurut beliau, para pelajar yang sedang bercuti sempena cuti perte­ngahan penggal pertama sekolah sepanjang minggu ini diingatkan supaya tinggal di dalam rumah dan me­ngurangkan aktiviti luar bagi mengelakkan mengalami masalah kesihatan.

Sekolah-sekolah di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu akan dibuka semula pada 20 Mac ini manakala sekolah-sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Johor dan Sarawak bakal dibuka semula pada 21 Mac.

Kamalanathan mengulas isu suhu panas yang diramalkan bertambah serius selepas 20 Mac ini kesan fenomena El Nino.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI