Seorang gadis terpaksa merana di katil hospital selepas meghidap penyakit autoimun, lumpuh selepas digigit serangga pada usia 12 tahun.
Kirsty Keep yang kini berusia 23 tahun mendakwa tidak mampu bangun dan bergerak selama 11 tahun dan diserang rasa sakit yang tidak dapat digambarkan.
Menurut laporan BBC, Kirsty pernah menjalani ujian kimoterapi namun ujian tersebut memburukkan lagi keadaannya.
"Saya tak mahu berada di sini lagi (katil hospital) dan terseksa. Saya mahukan pertolongan," rayu Kirsty.
Kata Kirsty, beliau mahukan cara untuk 'hidup semula' atau nyawanya ditamatkan. Kirsty disyaki dijangkiti penyakit Lyme selepas digigit pepijat.
Penyakit Lyme mampu melemahkan sendi dan menyebabkan komplikasi lain.
Sementara itu, ibu Kirsty yang sedang mengumpul dana perubatan berharap anaknya dapat menjalani rawatan untuk Lyme di Jerman.
0 comments:
Catat Ulasan