Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

24 Februari 2016

BUDAK 2 TAHUN PARAH DI SERANG 10 ANJING LIAR


Seorang kanak-kanak berumur dua tahun cedera parah selepas diserang sekumpulan anjing liar berhampiran Kompleks Bas Rapid, Cheras.

Keadaan Wadi Ar Rayaan Ahmad Suwadi yang parah diserang sekumpulan anjing liar berhampiran Kompleks Bas Rapid, Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa, Wadi Ar Rayaan Ahmad Suwadi ketika itu menaiki motosikal bersama bapanya ke kompleks berkenaan atas urusan kerja.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, kira-kira 10 ekor anjing liar bertindak menyerang motosikal dinaiki.

Akibat serangan itu, bapa mangsa telah terlanggar salah seekor daripada kumpulan anjing ber­ke­naan menyebabkan motosikal­nya terjatuh.

Menurut ibu mangsa yang enggan dikenali, suami dan anaknya itu tidak dapat melarikan diri ke­rana anjing terbabit telah mengeli­lingi dan menyerang mereka.

Jelasnya, akibat kejadian itu anaknya itu telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Anak saya menerima 10 jahitan di kepala selain retak tulang bahu dan kini dalam keadaan stabil.

“Suami saya pula mengalami kecederaan di tangan kiri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

ADMIN ISU2SEMASA seru para pembaca semoga mendoakan supaya adik Wadi Ar Rayaan Ahmad Suwadi cepat sembuh dan di hindari dari sebarang kesukaran.Amin
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI