Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

4 Februari 2016

BATERI AA MELETUP DALAM MULUT KANAK-KANAK


ISU-ISU SEMASA 2016 : Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun di timur China nyaris terbunuh apabila bateri saiz AA yang dikunyahnya meletup di dalam mulutnya.

Ketika kejadian, Xuan Xuan bermain di rumahnya di bandar Xinyang di wilayah Henan, apabila bateri yang dikunyahnya meletup, lapor portal People's Daily Online.

Letupan itu menyebabkan lubang besar pada mulutnya, dengan doktor bimbang asid yang terdapat pada bateri itu masuk ke dalam tekak serta membakar bahagian dalaman mulutnya.

Xuan Xuan segera dikejarkan ke hospital oleh ibu bapanya selepas kejadian itu disedari.

Menurut laporan, kanak-kanak itu mengunyah batyeri berkenaan kerana meniru cara datuk dan neneknya memakan tembikai sambil mengunyah bijinya.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI