Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

2 Disember 2015

TAJ MAHAL BUKAN KUIL HINDU


INDIA : Kerajaan India semalam menolak dakwaan sekumpulan peguam kononnya Taj Mahal, antara keajaiban dunia, ialah kuil Hindu.

Menteri Kebudayaan Mahesh Sharma memberitahu Parlimen negara itu, kerajaan tidak mempunyai bukti untuk menyokong dakwaan peguam berkenaan.

Kumpulan peguam itu memfailkan petisyen di sebuah mahkamah Mac lalu dengan mendakwa monumen itu perlu diserahkan kepada penganut Hindu untuk membolehkan mereka melakukan upacara keagamaan di situ.

Taj Mahal dibina pada abad ke-17 oleh maharaja Mughal Shah Jahan selepas isterinya meninggal dunia.

Enam peguam pelampau Hindu di Agra, tempat terletaknya monumen berkenaan memberitahu mahkamah, mereka mempunyai bukti menunjukkan Taj Mahal asalnya kuil yang dibina untuk tuhan Shiva.

Mereka mendesak mahkamah mengisytiharkan monumen itu kuil Hindu.

Pembinaan Taj Mahal disiapkan oleh Shah Jahan pada 1653 sebagai makam untuk isteri ketiga yang juga yang paling disayanginya, Mumtaz Mahal yang meninggal dunia selepas melahirkan anak mereka yang ke-14.

Seorang pemimpin pelampau Hindu dari Parti Bharatiya Janata (BJP) juga mencetuskan kontroversi apabila mendakwa Shah Jahan membeli monumen berkenaan yang sebelum itu dikenali sebagai kuil Tejo Mahalaya. - Agensi
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI