Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

2 Disember 2015

APAKAH PUNCA SEBENAR PESAWAT AIRASIA AIRBUS A320 TERHEMPAS DI LAUT JAWA?


Kerosakan pada sistem kawalan kemudi dikenal pasti sebagai faktor besar yang menyebabkan pesawat AirAsia terhempas ke Laut Jawa hingga mengorbankan seramai 162 orang.

Dalam penemuan terbaharu oleh pasukan penyiasat Indonesia itu pada Selasa, masalah yang berulang pada sistem tersebut membuatkan juruterbang bertukar kepada kawalan manual ketika berdepan cuaca buruk.

Tindakan juruterbang itu adalah untuk menangani situasi genting berkenaan  namun tidak membuahkan hasil apabila Airbus A320-200 tersebut gagal dikendali, kata Suruhanjaya Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT) Indonesia.

Dalam laporan akhir mengenai tragedi tersebut, pasukan penyiasat mendapati bahawa pateri pada sistem kemudi tersebut yang membantu pergerakannya telah retak, lalu mengakibatkan sistem amaran menghantar isyarat berulang kali.

Apabila menerima amaran kali keempat, juruterbang telah menarik pemutus litar pada bahagian sistem kawalan pesawat dalam usaha untuk mengatur semula sistem. Tindakan itu telah memadamkan fungsi kawalan automatik, seterusnya menyebabkan pesawat berputar.

“Tindakan susulan kru pesawat telah menyebabkan pesawat itu tidak boleh dikawal. Pesawat berkenaan berada pada keadaan tegun yang di luar kemampuan kru untuk mengendalikannya,” kata laporan tersebut.

Tambah laporan itu, perakam data penerbangan tidak menunjukkan bahawa cuaca member impak pada pesawat.

Pada 28 Disember 2014, pesawat AirAsia QZ8501 terhempas dalam perjalanan dari Surabaya menuju ke Singapura.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI