Seorang pemain bolasepak yang ditembak mati di kawasan parkir sebuah pusat membeli belah, semalam dilaporkan ditembak sebanyak 18 kali.
Menurut Dailymail, pemain kelab bola Scottish club Rangers dan pasukan kebangsaan Honduras, Arnold Peralta baru sahaja membeli pakaian untuk bayi perempuannya.
Rakaman terbaru yang disiarkan oleh media Honduras menunjukkan isteri Arnold, Vanessa Oliva menangis di sisi mayat suaminya yang ditembak berhadapan dengan keretanya, sebuah Porsche Cayenne.
Saksi kejadian tersebut memberitahu pembunuh menemui Arnold tanpa berlaku sebarang perbualan dan menembak mangsa sebanyak 18 kali di badan dan kepala.
Ketua Polis Honduras, Leonel Sauceda mengatakan terdapat dua suspek yang dicari polis.
Polis juga menolak kemungkinan mangsa dirompak kerana barang peribadi seperti dompet dan lain-lain ditemui pada mayat mangsa
0 comments:
Catat Ulasan