Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

11 Disember 2015

BILIONAIR ANTI ISLAM DI LARANG MASUK KE BRITAIN


Lebih 400,000 orang menandatangani peti­syen melarang pendahulu senarai calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republikan, Donald Trump daripada memasuki Bri­tain kerana mengeluarkan ke­nyataan anti-Islam, lapor sebuah akhbar semalam.

Usul itu boleh didebatkan di Parlimen Britain kerana mempunyai lebih daripada 100,000 tanda tangan.

Petisyen itu dikeluarkan selepas Trump mendakwa polis di London ‘bimbang nyawa mereka terancam’ kerana sebahagian komuniti di kota raya itu menjadi begitu radikal.

“Kita mempunyai bebe­rapa kawasan di London dan tempat-tempat lain yang begitu radikal se­hinggakan polis pun takut nyawa mereka terancam jika pergi ke sana,” kata Trump.

Datuk Bandar London, Boris Johnson kelmarin berkata, komen oleh pendahulu senarai calon Parti Republikan itu menjadikannya tidak layak menduduki White House.

Kebencian terhadap Trump melonjak selepas beliau menuntut supaya orang Islam dilarang sama sekali daripada memasuki AS.

Kebiadaban bilionair itu mendorong sebuah universiti Britain membatalkan ijazah kehormat yang diberikan kepadanya pada 2010, manakala Ketua Menteri Scotland, Nicola Sturgeon pula memecat Trump sebagai duta perniagaan ke Scotland.

Perdana Menteri Bri­tain, David Cameron dan beberapa pemimpin tempatan termasuk Jeremy Corbyn serta Johnson, malah jabatan polis Scotland Yard turut mengecam Trump kerana bermulut celupar.

Johnson dalam satu wa­wancara bersama saluran berita ITV News berkata, Trump bercakap benda yang karut dan mengejeknya dengan menambah: “Sebab utama saya tidak akan melawat sebahagian kawasan di New York adalah kerana terdapat risiko sebenar untuk terserempak de­ngan Trump.”

Mengulas tentang usul bilionair berusia 69 tahun itu untuk melarang orang Islam daripada masuk ke AS, Datuk Bandar London itu memberitahu: “Saya fikir Trump sudah gila jika beliau berpendapat cara itu wajar.

“Kamu tidak boleh me­larang orang ramai daripada pergi ke AS atau ke mana-mana negara dengan cara tersebut.”

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI