Sekumpulan doktor di sebuah hospital di sini mengeluarkan penyepit besi dari perut seorang lelaki yang menelan objek itu kerana terlalu marah ketika bertengkar dengan isterinya.
Ketika pembedahan berkenaan doktor juga terkejut apabila turut menemui tiga pemetik api yang sudah berkarat di dalam perut lelaki itu.
Lelaki yang dikenali sebagai Hua, 42, memberitahu doktor, pemetik api itu ditelannya ketika bergaduh dengan isterinya beberapa tahun lalu.
Katanya, dia sering bertengkar dengan isterinya menyebabkan dia hilang sabar dan bertindak menelan objek berkenaan.
Dalam kejadian baru-baru ini, lelaki itu bertengkar dengan isterinya kerana berebut menonton rancangan televisyen.
0 comments:
Catat Ulasan