Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

17 Disember 2015

KECUAIAN MAS (MALAYSIA AIRLINES ) BOLEH UNDANG BAHAYA PADA PENUMPANG DAN KESELAMATAN NEGARA?


KLIA : Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) menerima amaran pertama berikutan gagal mematuhi undang-undang selepas cuai memastikan 103 penumpang antarabangsa dari Myanmar menjalani pemeriksaan oleh pegawai imigresen, baru-baru ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pesawat MH741 yang membawa seramai 135 penumpang tempatan dan antarabangsa sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), terpaksa menukar laluan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi berikutan masalah cuaca.

“Apabila tiba di Langkawi, hanya 32 penumpang termasuk lima krew pesawat yang diperiksa oleh pihak imigresen manakala penumpang lain ditukarkan menaiki pesawat lain tanpa menjalani sebarang pemeriksaan dan apabila tiba di KLIA mereka diklasifikasikan sebagai penumpang domestik.

“Saya memberi amaran keras kepada semua syarikat penerbangan yang membawa penumpang antarabangsa supaya mematuhi undang-undang negara kerana kejadian ini melibatkan isu keselamatan. Kita bimbang jika hal ini dipandang remeh boleh mengakibatkan jenayah keganasan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Bengkel ASEAN: Pengenalpastian Mangsa Pemerdagangan Orang dan Jenis Eksploitasi Berkaitan, di sini hari ini.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI