BERCAKAP mengenai makanan dan tandas pada waktu yang sama boleh menghadirkan rasa jijik bagi sesetengah orang. Ini kerana, tandas merupakan tempat membuang air kecil dan besar.
Begitupun, buat pertama kalinya di Eropah, seorang pemilik kafe di Moscow, Rusia mencipta kelainan dengan menghidangkan makanan dan minuman dalam replika mangkuk tandas mini.
Crazy Toilet Cafe yang beroperasi sejak 13 November lalu di Jalan Arbat itu dimiliki oleh bekas Datuk Bandar Rusia Utara Arkhangelsk, Alexander Donskoi.
Menurut Donskoi, walaupun kedengaran agak menjijikkan, ia tidak menghalang para pelanggan untuk mengunjungi kafe berkenaan.
Katanya, kafe itu terbuka kepada semua pelanggan yang ingin merasaikan kelainan menjamu selera menggunakan mangkuk tandas dan tempat membuang air kecil sebagai alas makanan.
“Jika mereka berasa aneh dengan cara menghidangkan makanan seperti itu, saya faham kerana kafe ini memang pelik,” ujarnya yang sebelum ini pernah membuka sebuah muzium seks.
Dalam pada itu, Pengurus Besar Crazy Toilet Cafe, Inga Yaroslavskaya pula berkata, bagi individu yang pertama kali melintas di hadapan kedai tersebut, mereka pasti akan tertanya-tanya tentang Crazy Toilet Cafe. Bagi mendapatkan kepastian, saya yakin mereka akan datang untuk melihat keunikan kafe ini.
0 comments:
Catat Ulasan