Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

16 Oktober 2015

RUSUHAN AGAMA DI ACEH, INDONESIA HANTAR TENTERA KAWAL KEADAAN


Indonesia hari ini mengarahkan anggota keselamatan untuk mengawal pergolakan di wilayah utara Aceh Utara selepas kejadian rusuhan agama yang menyebabkan beberapa buah gereja dibakar dan mengorbankan satu nyawa, berlaku minggu ini.

Jurucakap polis kebangsaan, Agus Rianto berkata, situasi di Aceh Singkil, lokasi rusuhan berlaku kini berada dalam keadaan tenang.

“Kami sedang menjalankan rondaan di kawasan itu dengan bantuan tentera,” katanya tanpa mendedahkan jumlah sebenar anggota keselamatan yang dikerah untuk mengawal daerah itu.

Rianto turut menafikan laporan bahawa beribu-ribu orang telah dipindahkan dari Aceh Singkil berikutan rusuhan pada Selasa lalu.

Media tempatan melaporkan, polis telah menahan 20 orang daripada lebih 500 orang yang terlibat membakar gereja serta mengugut orang-orang beragama Kristian dalam rusuhan itu.

Presiden Indonesia, Joko Widodo semalam dalam laman Twitternya turut meminta agar keganasan tersebut dihentikan segera.

“Keganasan yang didorong oleh apa sahaja, terutama agama dan kepercayaan, pasti akan merosakkan keharmonian,” katanya.

Aceh merupakan wilayah autonomi susulan perjanjian damai 2005 dan satu-satunya yang mengamalkan undang-undang syariah di Indonesia.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI