Kisah yang menyayat hati Muhammad Firdaus Dullah meniti di bibir rakyat Malaysia selepas dia ditemui dalam keadaan menyedihkan-kurus kering, ditinggalkan di bilik yang kotor termasuk dipenuhi najis di rumahnya di Nilai, pada 2.30 pagi, 21 Jun tahun lalu ketika usianya 15 tahun.
Perasaan simpati, marah, sedih diluahkan rakyat terhadap apa yang berlaku kepada Muhammad Firdaus yang kebanyakan daripada kita menyebutnya sebagai adik Firdaus.
Ibunya sudah menjalani hukuman penjara, manakala adik Firdaus semakin ceria menjalani kehidupan di Taman Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah, Seremban.
Bagaimanapun, Allah SWT lebih menyayangi adik firdaus. Ketika usianya 16 tahun, dia pergi meninggalkan kita petang tadi. Damailah kau di sana.... Al-Fatihah
Update!
15 Okt. - Jenazah Allahyarham Muhammad Firdaus Dullah, 16, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Mohd. Said dekat sini selepas solat zuhur hari ini.
Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Zulkefli Ramli berkata, jenazah kini dibedah siasat di Hospital Tuanku Ja’afar dan selepas selesai akan dibawa ke Masjid Negeri untuk disembahyangkan.
Katanya, pihaknya mendapat kebenaran ibu remaja kurang upaya itu, Lolanopita Sadi, 41 untuk menguruskan jenazah anaknya.
“Kita telah mengadakan majlis tahlil untuk arwah di Rumah Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah,” katanya ketika ditemui di hospital berkenaan di sini.

0 comments:
Catat Ulasan