Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai mengelakkan majlis atau aktiviti di luar bangunan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100, iaitu tahap tidak sihat.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata jika aktiviti luar itu dirancang sebelum kejadian jerebu berlaku, maka kementerian menasihatkan agar ia ditangguh atau dibatalkan sehingga bacaan IPU kembali pulih.
"Jika masih perlu diadakan, majlis atau aktiviti itu lebih baik dibuat di dalam bangunan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai mengambil langkah pencegahan termasuk mengurangkan aktiviti di luar rumah bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu dan jika terpaksa berada di luar, mereka harus menggunakan penutup hidung dan mulut yang sesuai.
Beliau juga menasihatkan orang ramai untuk banyak minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari, selain membasuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan atau menghadiri aktiviti luar.
Mereka yang mengalami gejala dan tanda seperti batuk, selesema, asma, sakit mata dan jangkitan paru-paru hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jika keadaan bertambah teruk, katanya.
Orang ramai boleh mendapatkan langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu menerusi laman sesawang Kementerian Kesihatan www.infosihat.gov.my atau www.moh.gov.my , katanya.
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), 31 kawasan dilaporkan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat sehingga 2 petang tadi, dengan Shah Alam mencatat bacaan sangat tidak sihat 225.

0 comments:
Catat Ulasan