Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

27 September 2015

MENTERI BELIA DAN SUKAN MAHU FAM BERLAKU ADIL


PENDAPATAN diperoleh melalui penyiaran perlawanan Liga Malaysia (Liga M) perlu diagih-agihkan dengan lebih adil kepada negeri dan kelab yang terlibat dalam liga berkenaan, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
    
Beliau berkata, formula hak penyiaran itu haruslah dibincangkan bersama-sama anggota gabungan iaitu Persatuan Bola Sepak Negeri dan kelab terlibat dalam liga itu selaras dengan peningkatan jumlah penajaan yang begitu tinggi bagi musim depan.

"Ini saya serah kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk putuskan. Saya hanya dapat sarankan sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan larian Walk-a-Mile ke-14 bersempena Sambutan Hari Jantung Sedunia, di Taman Tasik Perdana di Kuala Lumpur hari ini.

Khairy diminta mengulas catatan Facebook, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa yang meluahkan rasa kecewa berhubung pembahagian kutipan Piala FA oleh FAM.

    
Annuar dalam catatan 25 September lepas menyatakan rasa tidak puas hati apabila daripada RM3 juta hasil jualan tiket, tidak termasuk tajaan dan hak penyiaran, Kelantan hanya menerima RM600,000, sedangkan pasukan itu membantu menjual 90 peratus daripada tiket.

Ogos lepas, FAM melantik MP & Silva sebagai rakan kongsi baharu bagi pengurusan saingan Liga-M musim hadapan. Menerusi penubuhan Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP), ia dijangka memberi pendapatan lumayan bernilai RM1.26 bilion dalam tempoh 15 tahun, bermula 2016 kepada badan induk bola sepak itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta semua pasukan bertanding dalam Liga-M memperjuangkan hak penyiaran masing-masing sebelum menerima cadangan FAM menswastakan liga berkenaan.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI