Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

28 September 2015

JUMPA MAYAT BAWAH PELEPAH KELAPA SAWIT


Mayat seorang lelaki yang sudah berulat dan berbau busuk ditemukan di tepi jalan berhampiran kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Lembu, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Pe­rai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd. Noor berkata, mayat lelaki yang dalam lingkungan usia 30-an itu dijumpai orang awam yang melalui kawasan tersebut kira-kira pukul 5.55 petang.

Menurutnya, pemeriksaan di tem­pat kejadian mendapati mayat itu lengkap berpakaian seluar jeans dan berbaju kemeja T namun tidak berkasut.

“Berdasarkan keadaan mayat, po­­­lis percaya lelaki berkenaan telah me­ninggal dunia lebih tiga hari lalu di tempat lain dan mayatnya dibuang di situ serta diletakkan timbunan daun kelapa,” katanya di sini hari ini.

Dalam masa sama, Rusli berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan sekiranya terdapat kesan luka akibat tikaman seperti dilaporkan sebuah portal berita kerana mayat berkenaan telah mereput.

Menurut beliau, siasatan di lokasi juga tidak menemukan kesan pergelutan atau senjata.

Tambah beliau, mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat dan ketika ini kes berkenaan disiasat sebagai mati mengejut.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI