Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

21 September 2015

KDN GAGAL GANTUNG AKHBAR THE EDGE


Kuala Lumpur: Syarikat penerbitan The Edge Communications Sdn Bhd berjaya dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menggantung permit dua akhbarnya selama tiga bulan.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad dalam keputusannya berpendapat bahawa surat tunjuk sebab oleh KDN tidak memperincikan artikel yang didakwa mendatangkan kegusaran dan menganggu ketenteraman awam.

Oleh itu katanya, keputusan penggantungan permit oleh KDN terhadap The Edge dan The Edge Financial Daily adalah bertentangan dengan Seksyen 7(1) Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

KDN juga diarah bayar kos RM15,000 kepada The Edge Communications.

Peguam Kanan Persekutuan, Alice Loke Yee Ching mewakili Ketua Setiausaha KDN dan Menteri Dalam Negeri manakala peguam Darryl Goon mewakili The Edge Communications.

Pada 5 Ogos lalu, The Edge Communications mendapat kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Menteri Dalam Negeri menggantung penerbitan The Edge dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan melalui sepucuk surat bertarikh 23 Julai lalu.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI