PASIR GUDANG - Pihak pengurusan sebuah pasar raya besar di Plentong mengakui berlaku insiden anjing yang dibawa masuk pelanggan ke dalam pasar raya berkenaan menggunakan troli seperti yang diviralkan di laman sosial Facebook, kelmarin.
Menurut pihak pengurusan, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, pagi semalam.
“Pihak masjid memang sudah datang melakukan samak melibatkan lebih 500 troli di pasar raya ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, perkara itu perlu diambil iktibar oleh pihak pengurusan supaya lebih peka terhadap sensitiviti agama lain.
“Pihak pengurusan sepatutnya peka tentang isu ini dengan membuat larangan ke atas pengunjung supaya tiada haiwan peliharaan terutama anjing dibawa masuk ke dalam pasara raya kerana boleh menimbulkan keresahan kepada kaum lain.
“Setakat hari ini (semalam), kita belum menerima sebarang laporan polis dan sekiranya terdapat laporan polis dibuat, kita akan rujuk kes itu ke Jabatan Agama Islam Johor untuk tindakan susulan,” katanya.
Dalam pada itu, Bilal Masjid Kampung Plentong Baru, Omar Abd Jalil berkata, beliau didatangi seorang individu yang tidak dikenali sekitar jam 11 malam kelmarin yang memintanya melakukan samak ke atas troli di sebuah pasar raya.
Menurutnya, lebih 500 troli telah disamak di pasar raya berkenaan berikutan insiden seorang pelanggan yang dikatakan telah membawa masuk seekor anjing ke dalam pasar raya itu menggunakan troli yang disediakan.
“Saya sendiri ke pasar raya itu dengan dibantu kira-kira 20 pekerja pasar raya itu melakukan samak ke atas kesemua lebih 500 troli itu memandangkan tidak ada yang tahu yang mana satu troli yang digunakan oleh pelanggan berkenaan.
“Pada jam 1 pagi barulah semuanya selesai,” katanya.
Katanya, pihak pengurusan diharap lebih peka dan tidak cuai dalam perkara yang membabitkan sensitiviti agama lain kerana ramai pengguna dalam kalangan orang Islam.
“Sepatutnya sediakan pengawal keselamatan di semua pintu masuk pasar raya supaya tidak ada pelanggan yang terlepas pandang membawa masuk haiwan peliharaan terutama anjing ke dalam pasar raya,” katanya.

0 comments:
Catat Ulasan