Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

19 Ogos 2015

MEKANIK PUTUS TANGAN TERKENA BILAH KIPAS PESAWAT


SLOVAKIA : Seorang mekanik pesawat putus tangan dan cedera parah di muka selepas seorang juruterbang mabuk menghidupkan enjin pesawat. 

Menurut laporan Dailymail, Jan Fiala, 52, sedang membaiki enjin sebuah pesawat ringan apabila ia dihidupkan ketika kejadian.

Fiala kemudian dihantar ke sebuah hospital di Bratislava dan kini berada dalam keadaan stabil.

Jurucakap hospital memberitahu bahawa kecederaan Fiala 'sangat dahsyat' di bahagian tangan dan parah di bahagian muka.

Menurut polis, juruterbang tersebut yang juga merupakan seorang veteran mempunyai bacaan 1.38 permile alkohol ketika kejadian.

Polis kini mengumpul bukti untuk mendakwa juruterbang tersebut.
Share:

Related Posts:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI