Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

6 Jun 2015

KERETA TERHEBAT MILIK POLIS PERONDA ABU DHABI


Jabatan polis Abu Dhabi di sini semalam menambah sebuah lagi ‘supercar’ dalam kumpulan kereta perondanya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan semalam, kereta kuasa tinggi terbaru itu ialah Lykan Hypersport, kereta yang dibuat di Lubnan berharga Dh12.8 juta (RM12.9 juta) dan satu daripada hanya tujuh yang terdapat di dunia ketika ini.

Ketua Bahagian Keselamatan Trafik Kapten Ahmad Abdullah Al Muhairi berkata, kereta berkenaan akan dipamerkan di beberapa lokasi pelancong dan pusat beli-belah di bandar raya berkenaan bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya melanggar undang-undang jalan raya dan menggalakkan mereka bekerjasama dengan polis bagi mengelak kemalangan.

Lykan adalah kereta paling mahal pernah digunakan dalam filem Fast and Furious. Furious 7 dirakam di beberapa kawasan di Abu Dhabi.

Polis Abu Dhabi sebelum ini memiliki sebuah Rolls Royce, dua Chevrolet Camaros, satu GTS- R selain motosikal Harley-Davidson Polaris.


Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI