
Perasan atau tidak, sejak kebelakangan ini banyak berlaku kejadian kenderaan terbakar apabila terlibat dalam kemalangan dan ini mencetuskan persepsi bahawa minyak (murah) RON95 yang digunakan oleh pengguna jalan raya adalah pencetus kebakaran secara sengaja atau tidak sengaja.
Benarkah minyak petrol RON95 mudah terbakar dan tidak selamat digunakan? Kita lihat di akhbar dan media telivisyen banyak berlaku kemalangan yang menyebabkan kebakaran.
Baru-baru ini di Alor Gajah, seorang pengguna jalan raya nekad mengejar sebuah kenderaan selepas melihat enjinnya mengeluarkan api,” kata Bakri Maarif yang menyelamatkan penumpang Suzuki Vitara sebelum kenderaan itu musnah dalam kebakaran di Kilometer 203 Lebuhraya Utara-Selatan, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, Bakri, 42, bersama tiga lagi rakannya melakukan kerja penyelenggaraan di lebuh raya sebelum melihat enjin Suzuki Vitara dinaiki sekumpulan remaja seperti mengeluarkan api dari bahagian bawah.
Menurutnya, tanpa berfikir panjang, dia terus mencapai kunci pacuan empat rodanya dan memintas kenderaan itu bagi memaklumkan perkara itu.
Selepas satu kilometer mengejar, saya lega apabila pemandunya berhenti dan kumpulan remaja itu tergesa-gesa keluar dari kenderaan terbabit.
“Tidak sampai lima minit kenderaan itu dijilat api dan bernasib baik tidak ada kenderaan lain mengekori mereka secara rapat,” katanya di sini, semalam.
Bakri berkata, kumpulan remaja berkenaan memaklumkan mereka dari Bahau, Negeri Sembilan dan menghala ke pusat bandar Melaka untuk bersiar-siar sempena cuti persekolahan.
Mereka memaklumkan terhidu bau hangit dan pemandunya berhenti bagi melakukan pemeriksaan sebelum kenderaan itu terbakar.
“Mereka tidak mengalami sebarang kecederaan bagaimanapun terkejut selepas kenderaan itu tiba-tiba terbakar,” katanya.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah Zulkifly Musa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.06 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.
“Ketika tiba di lokasi, kami dapati 50 peratus badan kenderaan sudah dijilat api dan anggota mengambil masa kira-kira lima minit untuk memadamkan kebakaran,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan