KUALA LUMPUR – PDRM masih lagi menyiasat video pasangan yang melakukan seks di balkoni sebuah apartmen di Bangsar yang tersebar di media sosial.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata, pihaknya memerlukan sedikit masa bagi mengesan pelaku tersebut.
“Selain itu, pihaknya juga turut mengesan individu yang bertanggungjawab merakam dan menyebarkan aksi tersebut.
“Ini perlu bagi membantu siasatan sebagai bahan bukti,” katanya selepas Majlis Penghargaan Kecemerlangan Tugas di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, hari ini.
Video berdurasi selama 30 minit itu dirakamkan oleh seorang penyewa di apartmen lain yang menghadap balkoni tersebut.
UPDATE 19 Mei 2015!!
KUALA LUMPUR - Pihak polis telah mengenal pasti identiti suspek lelaki dalam rakaman video yang menunjukkan pasangan dipercayai sedang melakukan hubungan seks di balkoni sebuah apartmen di Bangsar South pada Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, menerusi maklumat dan kerjasama orang awam, suspek lelaki itu dipercayai warga asing berusia sekitar 30-an yang menyewa servis apartmen berkenaan bersama pasangannya.
Beliau berkata suspek dipercayai masih berada di negara ini.Polis juga sedang menyiasat perakam video tersebut.
Rakaman video berdurasi 30 minit itu dipercayai dirakam seorang penyewa di apartmen lain yang terletak berhampiran balkoni tersebut dan ia menjadi viral di media sosial.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 377D, 297 dan 294 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Bernam

0 comments:
Catat Ulasan