Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

16 Disember 2014

DRAMA TEBUSAN DI SYDNEY - SEMUA MENUDING JARI TERHADAP ISLAM

‘Screenshot’ yang dirakamkan oleh jurugambar Channel Seven menunjukkan dua orang tebusan sedang memegang sehelai kain berwarna hitam yang terpapar tulisan dalam bahasa Arab.

SYDNEY – AUSTRALIA. Bendera yang kelihatan dipegang oleh tebusan di sebuah kafe di tengah Sydney pagi tadi didakwa bukan bendera milik kumpulan Negara Islam (IS), sebaliknya bendera yang dibawa oleh kumpulan jihad.

Seorang pakar keganasan dari Monash University di Melbourne, Greg Barton berkata: “untuk memegang bendera sebuah negara Islam akan menjadi agak sukar dan seseorang akan lakukan apa sahaja yang mereka dapat".

Terdahulu, kira-kira 10 kakitangan sebuah kafe dan 30 orang awam ditahan sebagai tebusan dalam satu serangan pengganas.

Menurut Barton, isu bendera itu sebenarnya tidak membantu untuk mengesahkan atau menolak bahawa insiden penahanan tebusan itu ada kaitan dengan IS atau mana-mana kumpulan lain, lapor The Sdyney Morning Herald, hari ini.

Terdahulu, satu ‘screenshot’ yang sempat dirakamkan oleh jurugambar dari Channel Seven menunjukkan dua orang tebusan sedang memegang sehelai kain berwarna hitam yang terpapar tulisan dalam bahasa Arab.

Setelah diteliti, tulisan tersebut adalah kalimah suci Syahadah.

Pihak berkuasa Anti Pengganas Australia juga telah mengesahkan penglibatan seorang ulama Syiah.Sheik Man Haron Monis dilaporkan sebagai pemimpin utama insiden tebusan yang berlaku di sebuah kafe Sydney dan menyaksikan sehingga 15 orang tebusan sejak pagi tadi.

Berpakaian Syiah

Monis dilahirkan Manteghi Bourjerdi dan melarikan diri dari Iran ke Australia pada tahun 1996 di mana beliau menukar namanya kepada Man Haron Monis dan menggunakan gelaran Sheik Haron.

Menurut pemimpin masyarakat, Dr Jamal Rifi, Monis tidak mendapat sokongan umat Islam arus perdana, lapor 9News, sebentar tadi.

Bagaimanapun, Monis sebelum ini berjaya menarik perhatian media melalui kempen "surat kebencian" iaitu bantahan kehadiran pasukan Australia di Afghanistan.

Kempen itu menyaksikan tindakan Monis dan rakannya, Amirah Droudis mengirim surat itu kepada ahli keluarga tentera Australia yang meninggal dunia dalam pertempuran.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI