Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

16 November 2014

WARGA EMAS PUTUS DUA DILANGGAR TREN

Bucharest: Seorang wanita putus dua selepas dilanggar sebuah tram.


Menurut saksi, Elena Filotti, 65, dilanggar ketika dia cuba menyeberang jalan di bandar Arad, barat Romania, ketika lampu merah.

Seorang saksi, Mircea Radulescu, 37, berkata: “Elena mungkin menyangka dia sempat melintas. Dia tidak mengendahkan hon dibunyikan berulang kali oleh pemandu tram berkenaan.

“Badannya putus dua. Sungguh mengerikan. Anak saya ada bersama-sama. Saya menutup matanya kerana tidak mahu dia melihat keadaan mangsa.”

Seorang penumpang Constantin Ponta, 29, berkata: “Mulanya saya tidak pasti apa yang berlaku. Saya melihat orang ramai menunjuk sesuatu di bawah tram. Saya melihatnya dan nampak mayat wanita terjulur keluar di bawah.”


Sementara itu, polis berkata, pemandu berkenaan kecewa dengan kejadian itu.

“Laporannya sama dengan laporan saksi. Mungkin dia tidak akan didakwa kerana jelas wanita itu yang bersalah,” kata jurucakap polis.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI