Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

3 November 2014

PEMINAT SETIA JDT MENINGGAL DUNIA KETIKA MENONTON FINAL PIALA MALAYSIA 2014


JOHOR - “Beberapa hari lalu dia kelihatan pendiam, tetapi bersemangat bila bersembang pasal bola sepak,” kata Zainah Donan, 53, isteri penyokong tegar Johor Darul Ta’zim (Johor DT) yang meninggal dunia selepas rebah ketika menonton final Piala Malaysia di rumahnya di Kampung FELDA Bukit Ramun di sini, malam kelmarin.

Zainah berkata, sejak seminggu lalu, Ithnin Rajiman, 71, teruja menjelang final piala berprestij itu dan setiap hari membelek Harian Metro untuk mengetahui perkembangan pasukan kegemarannya bakal menentang Pahang.

Katanya, arwah beritahu dia pasti menonton perlawanan akhir itu bersama-sama penduduk kampung di skrin besar yang dipasang di dewan, namun menonton televisyen di rumah selepas berasa kurang sihat dengan ditemani anaknya.

“Hanya dua tiga hari lepas, dia nampak agak pendiam, namun masih bersemangat apabila bercakap mengenai JDT. Katanya, dia mahu pasukan negeri ini menang,” katanya yang ditemui di rumahnya, semalam.

Allahyarham Ithnin mendapat serangan jantung yang pertama bulan lalu dan dimasukkan ke Hospital Kulai sebelum dibenarkan pulang dan sepatutnya menjalani pemeriksaan susulan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Menurut Zainah, anak ketiganya, Nurul Ain Ithnin, 25 yang bersama-sama menonton perlawanan itu di rumah, hanya memberitahu arwah bapanya itu bangun menuju ke tandas sebaik Pahang menjaringkan gol penyamaan 2-2 pada minit ke-70.

“Anak beritahu arwah bersemangat sejak perlawanan bermula apatah lagi ketika JDT mendahului, namun tiba-tiba dia bangun dari kerusinya tanpa berkata apa-apa sebelum ke tandas. Sebaik keluar dari tandas, arwah beritahu sakit dada dan terus rebah.

“Anak menghubungi saya yang berniaga di gerai berdekatan,” katanya.

Zainah berkata, dia sempat memangku suaminya sebelum membawa ke klinik, namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam kampung itu.

AL FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM ITHNIN RAJIMAN
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI