Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

4 November 2014

HAFIZ AF KAKU KETIKA SESI BERGAMBAR DENGAN KRISDAYANTI


Tidak pernah dia menjadi kaku ketika digandingkan dengan artis wanita sama ada melalui sesi fotografi mahupun di pentas.

Namun saat digandingkan bersama diva dari Indonesia iaitu Krisdayanti, penyanyi Bahagiamu Deritaku, Hafiz Suip, 24, dihambat keresahan.

Tatkala menegur 'pose' diberikannya kaku, Hafiz menjawab: "Krisdayanti tu. Gementar saya bergambar dengan diva," katanya merendah diri.

Namun, penghibur terkenal kelahiran Batu, Jawa Timur, Indonesia berusia 39 tahun itu berseloroh memecahkan suasana formal dengan jenaka spontannya, "ini 'photo shoot ibu dan anak'," katanya sekali gus mengundang ketawa dalam kalangan yang hadir.

Sebagaimana diketahui mereka yang mengikuti perkembangan Konsert Krisdayanti Live in KL 2014 yang bakal dilangsungkan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 November ini, Hafiz diumumkan sebagai artis jemputan di acara besar berkenaan.

Pengumuman itu dilakukan sendiri oleh Krisdayanti pada sidang media kedua konsert itu di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, minggu lalu.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI