Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

8 Oktober 2014

MPV REMPUH BELAKANG TRELER

SLIM RIVER: Seorang wanita maut manakala enam lagi cedera termasuk lima kanak-kanak apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 367 Lebuhraya PLUS arah selatan, pagi tadi.

Video ketika kejadian.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, anggota bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Bidor menerima panggilan kecemasan pada jam 2.04 pagi dan sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati wanita berkenaan yang juga penumpang MPV sudah meninggal dunia manakala enam lagi yang cedera sudah dihantar ke hospital berdekatan oleh orang awam.

Menurutnya, pihaknya mengeluarkan mayat mangsa dari kenderaan itu sebelum menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Akibat kemalangan itu kenderaan yang dinaiki mangsa mengalami kerosakan di bahagian depan," katanya.

Tambahnya, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Nasir Mohd Noor tamat jam 3.02 pagi.


Update!
Harapan untuk mendiami rumah yang direka bentuk oleh Wan Markiah Wan Hamid, 35, kini hanya tinggal kenangan apabila mangsa maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki bersama suami dan lima anaknya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 366.8, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Sungkai, awal pagi semalam.

Suami mangsa, Mohd Zahir Abd Rahman @ Dahaman, 41, berkata, isterinya sangat teruja untuk menyiapkan rumah terbabit dan kepulangan mereka berhari raya pada Sabtu lalu digunakan sebaiknya untuk memantau perkembangan pembinaan rumah mereka di kawasan Abi, di sini, yang kini hampir 70 peratus siap. 

“Isteri saya pernah berkata ingin berpindah ke rumah baru kami yang direkanya sendiri sekiranya dapat kembali ke Perlis atau selepas pencen nanti. Namun, kini arwah tidak sempat pun untuk tinggal di rumah itu. 

“Arwah begitu ramah dengan sanak saudara dan kami sempat menziarahi hampir semua rumah keluarga terdekat pada Aidiladha lalu sehingga melewatkan sehari kepulangan ke Kuala Lumpur selepas menziarahi ahli keluarga yang berkumpul di rumah ibu mentua abang sulung arwah di Jitra.

Foto
KEADAAN MPV yang dinaiki tujuh sekeluarga remuk di lokasi kejadian. Gambar kecil, Wan Markiah.

“Malah, arwah tidak menunjukkan perubahan, namun sekali-sekala mudah marah dan sensitif walaupun hanya perkara kecil sepanjang berada di Perlis,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui di rumah abang iparnya, Wan Idris Wan Hamid , 49, di Taman Pauh Utama, di sini, semalam.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI