Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

6 Oktober 2014

TERKINI !! BOT TEMPUR TLDM DAN KRU DI TEMUI SELAMAT

Bot tempur CB204 dan kesemua tujuh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia ditemui selamat, menurut Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.


Terdahulu, kedudukan bot tempur yang terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah dilaporkan telah dikenal pasti.

Bot tempur CB204 itu semalam dilaporkan terputus hubungan ketika dalam perjalanan ke Gugusan Semarang Peninjau kira-kira pukul 1.05 petang. Ia dipercayai hilang dalam cuaca buruk di perairan Sabah dengan posisi terakhir bot tempur berkenaan adalah di kedudukan 20 batu nautika ke timur laut Pulau Mengalum.

Nama-nama anggota bot tempur CB204

1. Lt Azri bin Bakar
2. Charles Christopher ak Muni
3. Ince ak Evin
4. Steven Hudson ak Miso-
5. Nor Azuan bin Ariffin
6. Sulhajji bin Daah
7. Mohd Azhry bin Maani
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI