Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

7 Oktober 2014

MEREKA GEMAR MELIHAT "MUSLIM vs MUSLIM"

Tahukah anda Amerika dan sekutunya sedang memperluaskan agenda dan propaganda terbaru mereka yang mengakibatkan umat islam terus berpecah?Sedarkah anda mereka sedang tersenyum melihat kehidupan orang-orang islam menjadi huru hara.


Itulah hakikatnya yang perlu kita terima akibat peselisihan fahaman dan terlalu taksub pada fahaman atau mazhab hingga mengakibatkan muslim itu di gelar sebagai pengganas.Pernah terlintaskah pada benak fikiran anda yang bangsa (kaum kafir) sendiri mempunyai banyak perbezaan fahaman atau pendapat namum mereka tetap bersatu untuk membentuk satu `umat` yang bagus.

Realitinya umat islam sendiri tidak berpegang teguh pada kitab `Al Quran` dan Mengucap dua kalimah syahadah.

Syahadah ialah pengakuan tentang keesaan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulnya. Dengan mengucapkan dua kalimah syahadah sahlah seseorang itu sebagai seorang Muslim. Maka segala kefardhuan dalam islam menjadi wajib ke atasnya dengan kata lain mesti dilaksanakan.


أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله
Maksudnya : Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Kita wajib mengakui bahawa tiada tuhan melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah.

Syahadah pada bahasa membawa maksud : iqrar, pengakuan dan keyakinan.

Pada istilah pula syahadah ialah pengakuan tentang keesaan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu sebagai rasulnya.

Orang yang mengucap dua kalimah syahadah wajib yakin dengan erti kalimah dan mengamalkannya.

Mengucap dua kalimah syahadah ialah syarat seseorang itu memeluk agama Islam dan dipanggil muslim.

Terdapat beberapa perkara yang dituntut di dalam kalimah syahadah :
1. Amar maaruf dan nahi mungkar.
2. Sentiasa bersyukur atas segala rahmatnya.
3. Menjadikan al-Quran dan hadis sebagai pegangan.
4. Menjadi hamba Allah SWT yang taat dan seti menjalankan perintahnya.

Sebab yang mewajibkan orang Islam mengucapkan dua kalimah syahadah  kerana :
* Syahadah adalah tanda seseorang itu beragama Islam.
* Dalam solat kita mengucapkan dua kalimah syahadah.
Pejuang Kurdis bertempur dengan kumpulan Negara Islam (IS) yang cuba menawan bandar ini kelmarin manakala seorang wanita Kurdis meletupkan dirinya menggunakan taktik militan berkenaan.

Pejuang Kurdis di sini dibantu oleh serangan udara pakatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS).

Militan IS menawan sebahagian bukit strategik dekat bandar ini, berhampiran sempadan Syria-Turki pada Sabtu lalu tetapi kemaraan mereka dilambatkan oleh serangan udara Washington dan beberapa negara Arab.

Seorang pegawai tempatan, Idris Nahsen berkata, militan IS berada cuma satu kilometer dari bandar ini dan serangan udara sahaja tidak cukup untuk mengekang kemaraan mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, Kumpulan Pemerhati Syria untuk Hak Asasi Manusia menyatakan, seorang pengebom berani mati wanita bertindak nekad dengan meletupkan dirinya di satu kedudukan IS di timur bandar ini.

“Operasi berani mati itu menyebabkan kematian di pihak IS tetapi jumlah korban masih tidak dapat dipastikan,” kata pengarah kumpulan pemerhati berkenaan, Rami Abdel Rahman.

Bandar di sempadan Syria itu menjadi medan pertempuran pen­ting dalam usaha masyarakat antarabangsa memerangi IS. Terdahulu, kemarahan komuniti antarabangsa terhadap IS meningkat selepas kumpulan militan itu menyiarkan klip video yang memaparkan pejuang mereka memenggal kepala seorang warga Britain, Alan Henning.

Menurut Abdel Rahman, IS telah mengepung bandar ini sejak tiga minggu lalu.

Sementara itu, Tentera AS menyatakan pihaknya melancarkan tiga serangan udara di Syria Sabtu lalu manakala sejumlah jet pejuang, pesawat pengebom dan helikopter digunakan dalam enam serangan terhadap IS di Iraq kelmarin.

Kumpulan pemerhati Syria itu memberitahu, sekurang-kurangnya 33 militan IS dan 23 pejuang Kurdis terbunuh dalam pertempuran di sekitar bandar ini pada Sabtu lepas.

Kepungan IS menyebabkan penduduk bandar ini dan kawasan sekitarnya melarikan diri dengan 186,000 orang mencari perlindungan di Turki.

Kumpulan militan itu sebelum ini menawan sebahagian besar kawasan di Syria dan Iraq dan mengisytiharkan pemerintahan khalifah di dua negara itu.

Akibat berbeza fahaman, mereka membunuh sesama sendiri.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI