Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

19 September 2014

AUSTRALIA PULA MAHU WUJUD "ISLAMOPHOBIA" DI DUNIA ASIA

Tidak hairan mengapa Australia kini di letakan di dalam keluarga Asia, ini kerana ada muslihat besar yang telah dirancang rapi oleh dajjal-dajjal dari negara eropah.Sebelum ini kita telah mengetahui identiti sebenar Amerika Syarikat yang bertindak sebagai "hakim" dan "polis dunia" yang sanggup menjadikan Islam itu sebagai militan dan bangsa pengganas yang paling keji di dunia.Mereka juga telah berjaya mencipta satu perasaan "islamophobia" di seluruh dunia.

Kini tiba pula giliran Australia yang semakin hari kita nampak penonjolan dan penglibatan mereka dalam apa jua isu-isu semasa di negara-negara Asia.Mereka seolah-olah "buzy body" dan buat-buat mengambil tahu masalah yang di alami oleh negara-negara di Asia ini.Adakah mereka ihklas atau ada udang di sebalik batu?Tidak dinafikan Australia begitu rapat dengan sekutunya Amerika dan Israel.Penonjolan mereka yang bersungguh-sungguh didalam isu kehilangan MH370 juga memberi mereka satu bonus untuk dilihat sebagai wira yang ingin menjadi kuasa besar di rantau ini.

Namun jangan kita lupa, mereka ada rancangan besar untuk melihat suasana aman di Asia ini tergugat seperti yang berlaku di negara-negara Arab sekarang.Sebabnya ialah negara-neraga Islam di Asia Tenggara masih belum tergugat.Baru-baru ini pihak Australia kononnya telah dapat mencantas satu puak militan Islam di negara itu yang berkomplot untuk memenggal kepala orang awam.

Pihak berkuasa Australia telah menahan seramai 15 orang Islam dalam operasi antipengganas terbesar di negara itu sekali gus menggagalkan komplot kumpulan militan Negara Islam (IS) untuk melakukan beberapa 'pembunuhan demonstrasi' termasuk memenggal kepala orang awam secara rawak.

Dalam serbuan tersebut, polis turut merampas sekurang-kurangnya sepucuk senjata api dan sebilah pedang.Tertuduh, Omarjan Azari, 22, direman selepas dihadapkan di sebuah mahkamah di sini. Dia didakwa merancang tindakan keganasan bertujuan untuk 'mengejutkan', "menakutkan" dan 'menggentarkan' orang awam.

Mahkamah diberitahu bahawa Omarjan diarahkan melalui panggilan telefon oleh anggota IS paling kanan di Australia, Mohammad Baryalei supaya melakukan keganasan.

Apa yang pasti ini bukanlah satu kebetulan.Australia sudah mulakan perancanganya untuk menjadikan Islamophobia itu menjadi realiti di setiap pelusuk dunia.Wahai umat Islam sedunia..bangkitlah kamu dari tidur.Mereka (musuh) kamu sedang memperluaskan fitnahnya terhadap kamu untuk terus melihat kamu jatuh dan terus jatuh.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI