Pernah dijel bersama bapa mangsa
Kuala Lumpur: Suspek lelaki yang menyembelih mati seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun enam bulan di tepi Sungai Klang, Jumaat lalu, disahkan adalah bekas banduan Penjara Kajang dan baru dibebaskan baru-baru ini selepas tamat menjalani hukuman.
Suspek berusia 20-an itu dikatakan pernah dipenjarakan di penjara sama bersama bapa kanak-kanak malang itu sebelum ini.
Dalam kejadian jam 3 petang Jumaat lalu, mangsa diculik suspek sebelum dibunuh di tebing sungai berhampiran Stesen Kereta Api, Jalan Hishammuddin di sini.
Tindakan suspek bagaimanapun disedari orang awam sebelum suspek terjun ke dalam sungai dalam usaha melarikan diri. Bagaimanapun tindakan itu menyebabkan mangsa lemas sebelum mayatnya ditemui berhampiran Plaza Tol Bandar Sunway, Petaling Jaya petang kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng yang dihubungi berkata, siasatan tetap diteruskan bagi mengenal pasti motif pembunuhan kejam itu.
0 comments:
Catat Ulasan