Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

3 Jun 2014

APABILA DUA ADIWIRA BERTEMBUNG!!


Bagi mereka penggemar adiwira Batman dan Superman pasti ternanti-nanti akan pertembungan yang hebat antara mereka berdua di dalam satu filem.

Kehebatan adegan dalam filem Superman sebelum ini cukup merangsang peminat untuk tertanya-tanya apakah tajuk bagi filem susulan sesudah Man of Steel yang diterbitkan pada 2013.

Filem susulan itu yang amat dinanti-nantikan oleh peminat dan me­nyaksikan gandingan Ben Affleck sebagai Batman dan Henry Cavill sebagai Superman kini sudah mempunyai judul rasmi - Batman V Superman: Dawn of Justice. 

Menurut sumber, peng­gambaran rasmi filem berkenaan akan bermula di Detroit dan disambung di Afrika dan kemudian di Pasifik Selatan sebelum ditayang­kan di pawagam pada 6 Mei 2016. 

Malangnya plot filem berkenaan masih dirahsiakan.

Namun industri filem mengatakan tajuk Dawn of Justice menggambarkan kesinambungan filem Justice League.

Minggu lalu, bagi me­nyemarakkan bahang filem itu, pe­ngarahnya Zack Snyder memuat naik gambar pertama Affleck memakai kostum Batman dalam akaun Twitternya. 

Tahun lalu apabila nama Affleck diumum sebagai pemegang watak Batman, pelakon itu diejek. 

Pelakon itu pada awalnya berasa tidak gentar dengan cabaran untuk memegang watak berkenaan tetapi kemudian mengakui bimbang untuk menggalas peranan ikonik berkenaan. 

Dalam wawancara de­ngan media Affleck berkata, “Mulanya saya enggan menyahut cabaran itu kerana berasa tidak mampu dan sesuai menjadi Batman. Setelah Snyder menunjukkan skrip dan konsep saya menukar pendapat kerana ia sesuatu yang berbeza dari filem terdahulu arahan Christopher Nolan dan lakonan Christian Bale, namun masih me­ngekalkan tradisi, membuatkan saya teruja. 

Perkara yang hanya ketara ketika tajuk baru “Batman vs. Superman” diumum Rabu lalu hanyalah pengguna Internet begitu membencinya. 

Selama beberapa bulan peminat menggelar sekuel filem terbaru “Man of Steel” sebagai “Batman vs. Superman,” dua watak adiwira yang akan muncul di layar perak bersama buat kali pertama. 

Rabu lalu tajuk sebenar yang didedahkan ialah “Batman v Superman: Dawn of Justice.” 

Turut sama di­umumkan ialah projek penerbitan itu sudahpun bermula di bandar raya Detroit. 

Berita itu tersebar begitu pantas dan mendapat kritikan di laman Twitter. 

“Dawn of Justice? Jadi sebab itulah Batman kelihatan begitu sedih,” kata seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun @ElliottcMorgan setelah melihat Affleck dengan kostum Batman. 

Selain itu, antara pelakon yang akan turut menjayakan filem itu ialah Gal Gadot yang akan memegang watak Wonder Women, Jesse Eisenberg sebagai Lex Luthor, Jeremy Irons sebagai Alfred dan Holly Hunter memainkan peranan yang baru cipta. 

Manakala Laurence Fishburne, Amy Adams dan Diane Lane memegang watak sama seperti dalam ‘Man of Steel.’
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI