“Peminat di Malaysia terbaik, mereka tahu semua lagu yang kami nyanyi,” kata David Miller, anggota kumpulan pop opera Amerika Syarikat ketika konsert A Musical Affair : The Greatest Songs of Broadway Live di Arena Of Stars, Genting Highlands, malam kelmarin.
Konsert Il Divo yang turut dianggotai tiga lagi jejaka tampan iaitu Sebastien Izambard, Carlos Marin dan Urs Buhler berjaya menarik lebih 4,500 penonton yang rata-ratanya terhibur dengan 20 lagu yang dipersembahkan kumpulan itu dipetik dari album lama hingga yang terbaru A Musical Affair.
Sebelum itu, mereka turut mengadakan persembahan di tempat yang sama Jumaat lalu.
Konsert dengan durasi hampir dua jam 30 minit itu turut menampilkan persembahan istimewa daripada penyanyi Filipina, Lea Salonga.
Konsert bermula tepat jam 8.45 malam itu dimulakan dengan persembahan lagu Tonight dari album terbaru Il Divo.
0 comments:
Catat Ulasan