Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

17 Mac 2014

Lagi tragedi `HITAM` ketika kita sedang meratapi kehilangan MH370.



Ketika negara sedang sibuk menjejaki pesawat MH370 dan rakyat Malaysia sedang berdoa untuk keselamatan para penumpang pesawat terbabit, berlaku satu lagi `bencana` yang amat mengejutkan negara iaitu para muda mudi kita maut kerana `overdose` dadah ketika menghadiri konsert Festival Muzik 2014 di Bukit Jalil.


Konsert FMFA 2014 (Future Muzik Festival Asia 2014) yang di adakan di Bukit Jalil telah mengakibatkan : 6 remaja Mati, 3 lagi kritikal dik kerana (Overdose) dadah! : Seluruh negara sedang bersedih dengan berlakunya tragedi Mh370, dikala Malaysia dilanda musibah dengan insiden ini, semua pakat-pakat bersatu berdoa dan mengerjakan solat hajat memohon pertolongan dariNya, ada sekelompok manusia yang terus kehausan dan dahagakan hiburan tidak kira masa terus berseronok berkonsert dan berseronok.


Di mana telah berlangsungnya konsert FMFA 2014 (Future Muzik Festival Asia 2014) yang kononnya dikatakan pesta muzik terbesar di Asia yang bertemakan “safari” katanya dan diadakan di Satidium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur. Tetapi daripada 3 hari yang dirancang untuk berlangsungnya konsert FMFA 2014 (Future Muzik Festival Asia 2014), malangnya setakat 2 hari sahaja dapat dilangsungkan.


Konsert FMFA 2014 (Future Muzik Festival Asia 2014) terpaksa dihentikan apabila lima mati manakala empat lagi kritikal dipercayai akibat sesak nafas. Tetapi…tetapi selepas pemeriksaan dan siasatan dijalankan rupa-rupanya kelima-lima yang mati itu berpunca disebabakan pengambilan dadah secara berlebihan. (overdose).


Video Pemantauan ketika konsert sedang berlangsung!
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI