Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label ZAMAN JEPUN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ZAMAN JEPUN. Papar semua catatan

2 Julai 2016

NELAYAN JUMPA BANYAK PERIUK API ZAMAN JEPUN DI PERAIRAN JOHOR?


JOHOR : “Saya sangka ia besi buruk, tetapi selepas diperhatikan dengan lebih dekat ia sebutir bom lama,” kata seorang nelayan, Zaidi Daud, 43, yang menjumpai sembilan bahan letupan itu di kawasan persisiran pantai Kampung Teluk Iskandar, Sri Pantai, kelmarin.

Kira-kira jam 5 petang, dia melihat beberapa objek seperti besi buruk di celah batu ketika air laut surut, sebelum membuat keputusan untuk melihat secara lebih dekat lagi.

“Objek berkenaan dilihat seperti bom dan keadaannya sudah berkarat. Tanpa berfikir panjang saya dan seorang lagi rakan, Idzhar Tahar, 47, membuat keputusan untuk memaklumkan penemuan ini kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing.

“Saya dan rakan yang lain bersyukur kerana selalu melalui kawasan berkenaan setiap kali pulang daripada menangkap ikan dan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Mersing, Asisten Superintendan Hamka Mohamad, ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan dan berkata, periuk api itu dipercayai digunakan ketika Perang Dunia Kedua.

Katanya, pihaknya juga mendapatkan bantuan Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bagi tujuan pemusnahan sembilan periuk api berkenaan yang dijalankan petang, semalam.
Share:

8 September 2014

GEMPAR!! BOM 226KG ZAMAN JEPUN DI TEMUI

Puluhan penggemar aktiviti riadah serta mendaki bukit di Bukit Cheras Awana dan Bukit Hartamas di sini, gempar apabila mengetahui terdapat sebutir bom besar seberat 226 kilogram tertanam di lokasi itu.

Semua pengunjung pusat riadah itu kemudian diarahkan beredar meninggalkan lokasi berkenaan sejurus bom lama itu ditemui orang awam sekitar jam 2.30 petang semalam.

Menurut kenyataan dikeluarkan di laman sosial rasmi Facebook (FB) Polis Daerah Kajang, bom lama berkenaan dipercayai peninggalan ketika zaman penjajahan Jepun.

Laporan itu memberitahu bom berkenaan dijangka akan diletupkan Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Selangor, pagi ini.

Rakan FB Polis Daerah Kajang dan orang ramai yang sering melakukan aktiviti mendaki Bukit Cheras Awana dan Bukit Hartamas di sini, dinasihatkan menjauhi kawasan itu bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Sementara itu, salah seorang pengunjung bukit itu, Law Boon Hee, 40, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan bukit itu ‘menyimpan’ bom lama bersaiz besar ketika mahu memulakan aktiviti jam 4 petang semalam.

Dia mendakwa kerap mendaki bukit di kawasan itu sebagai kaedah bersenam selain mendapatkan udara segar di kawasan hutan simpan berhampiran.

“Saya sudah lakukan aktiviti ini sejak 10 tahun lalu. Tidak sangka terdapat bom tertanam di bukit ini,” katanya.

BOM lama yang ditemui tertanam di Bukit Cheras Awana, semalam.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI