Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label TAHFIZ QURAN ITTIFAQIYAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TAHFIZ QURAN ITTIFAQIYAH. Papar semua catatan

15 September 2017

KEBAKARAN PUSAT TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIYAH JADI TUMPUAN DUNIA


'The deadliest fire in decades in Malaysia' - itulah gambaran portal Al Jazeera mengenai insiden kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah awal pagi ini.

Insiden menyayat hati yang meragut 23 nyawa itu turut mendapat liputan media antarabangsa termasuk CNN, BBC, Hindustan Times dan The Telegraph yang turut memetik laporan agensi berita AFP.

Agensi berita CNN pula melaporkan kejadian itu dengan tajuk '21 children, 2 adults killed in fire at Malaysian school' manakala BBC melaporkan dengan tajuk 'Kuala Lumpur school fire kills students and teachers'.

Deccan Herald, akhbar bahasa Inggeris yang berpejabat di Karnataka, India, tidak ketinggalan melaporkan tragedi itu.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang merupakan warden terkorban dalam kebakaran di pusat tahfiz itu di Jalan Keramat Ujung pada pukul 5.15 pagi tadi.

Sementara itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga 23 mangsa yang terkorban dalam kebakaran itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam catatan Twitternya turut melahirkan kesedihan degan catatan "Innalillah. Amat sedih baca Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terbakar."

Wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia Marianne Clark-Hattingh juga memberi kenyataan berhubung tragedi berkenaan dengan badan itu mengucapkan takziah kepada ibu bapa dan keluarga mangsa serta berharap aspek keselamatan di semua sekolah dititikberatkan untuk memastikan insiden sama tidak berulang.

Sementara itu, ramai netizen turut mengucapkan takziah dan berkongsi rasa sedih dengan kejadian yang tidak diingini itu.

Selebriti Neelofa dalam catatan Facebooknya pula berkata: "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga Allah memberi kekuatan kepada ibu bapa dan keluarga mangsa. Semoga roh anak-anak dan tenaga pengajar tahfiz dicucuri rahmat, syurga tempatmu, Insya-Allah. Al-Fatihah."

Share:

14 September 2017

AL FATIHAH BUAT ADIK ADIK TAHFIZ YANG TELAH PERGI MENEMUI ILAHI


KUALA LUMPUR : Sejumlah 23 orang terkorban, tiga kritikal dan dua separa kritikal dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datok Keramat, pagi ini.

Dua daripada yang terkorban adalah mereka yang bertugas sebagai warden di tahfiz tiga tingkat tersebut.

Kebakaran dipercayai bermula sekitar jam 5.10 pagi di tingkat teratas bangunan.

Saksi awam memberitahu, ketika azan Subuh berkumandang, api masih kelihatan di tingkat teratas bangunan tahfiz itu.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat telah berusaha mengawal kebakaran hingga jam 6.15 pagi.

Dalam pada itu..

Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah yang dijilat api awal pagi tadi mengorbankan 23 penghuninya belum mendapat Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (C-C-C), menurut Menteri Kesejahteraaan Bandar,Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Noh yang merupakan antara terawal bergegas ke tempat kejadian dimaklumkan oleh pihak bomba di lokasi, pusat tahfiz berkenaan belum mendapat sebarang kelulusan setakat ini.

"Kita dah terima (permohonan) tetapi kalau seperti yang ditunjukkan kepada saya tadi pelan asalnya ialah ia sepatutnya berkonsep terbuka," kata Noh.

"Ertinya, tingkat tiga itu sepatutnya terbuka dan memnpunyai dua tangga keselamatan dan tidak ada dinding.namun saya nak mengesahkan di sini bahawa pihak bomba belum lagi memberi kelulusan C-C-C kepada pihak tahfiz ini tetapi pihak Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah telah beroperasi," katanya.

Tambah Noh, jika peraturan yang ditetapkan terutamanya oleh pihak bomba tentunya kejadian seperti apa yang berlaku awal pagi ini mampu dielakkan.

"Sayapun naik ke atas tadi dan melihat sendiri terdapat tembok yang membahagi bangunan di atas itu sepatutnya tidak wujud kalaulah mengikut pelan asal. Sepatutnya sebelum ia beroperasi bomba kena datang untuk memberikan pengesahan sebelum diberikan kelayakan sijil menduduki C-C-C."

Beliau turut melahirkan rasa simpati dan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka yang terlibat dalam tragedi tersebut bersabar sementara siasatan dijalankan.


AL FATIHAH
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI