Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label RAJA BOMOH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RAJA BOMOH. Papar semua catatan

25 April 2017

ADA INDIVIDU TAJA RAJA BOMOH??


Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai 'Raja Bomoh' membuat pengakuan bersalah dan bertaubat atas beberapa amalan ritual yang dilakukannya sebelum ini.
Beliau turut mengaku semua tindakannya itu adalah pembohongan atas arahan seorang individu yang tidak boleh didedahkan.
Ibrahim, 66, dalam pengakuannya membuat permohonan maaf kepada semua masyarakat beragama Islam dan bukan Islam di negara ini serta semua pihak di seluruh dunia berhubung tindakannya menggunakan teropong kononnya membantu menyelesaikan beberapa kejadian dan isu besar yang berlaku di Malaysia termasuk kes kematian abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong nam.
Beliau mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana kesalahan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.
Mahkamah Syariah memerintah Ibrahim untuk berkelakuan baik selama tempoh enam bulan dengan bon jaminan oleh dua penjamin.
Selain itu, Ibrahim juga akan diletakkan di bawah pengawasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengikut Seksyen 129 Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 560).
Permohonan maaf itu disaksikan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri; Pengarah JAWI, Abdul Aziz Jusoh; dan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAWI, Wan Jaapar.
Share:

22 April 2017

POLIS JOHOR DAH CEKUP RAJA BOMOH


Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai Raja Bomoh ditahan polis di Segamat, Johor hari ini. Menurut sumber, Ibrahim ditahan pada 2.30 pagi dipercayai di hotel di bandar itu. 

Ibrahim sering melakukan ritual pelik termasuk pada 13 Mac lalu dia melakukan ritual di hadapan Institut Perubatan Forensik Nasional, Hospital Kuala Lumpur kononnya 'memagar' Malaysia dari diserang negara asing khususnya Korea Utara.

Susulan itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tan Sri Othman Mustapha menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan sebarang ritual dijalankan oleh Ibrahim  kerana ia bercanggah dengan ajaran agama Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut dilaporkan berkata, polis menjejaki bomoh terbabit kerana disifatkan merosakkan imej Islam.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI