Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label PARSI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PARSI. Papar semua catatan

26 Jun 2016

LELAKI SADO INI DI GELAR HULK PARSI


Seorang atlet angkat berat Iran yang mempunyai bentuk badan seperti watak Hulk dan sering memuat naik rutin hariannya mempunyai 59,000 pengikut di laman perkongsian gambar Instagram.

Sajad Gharibi, 24, yang turut digelar sebagai Hulk Parsi itu mempunyai berat badan 152 kilogram (kg) dan mampu mengangkat beban sehingga 175kg iaitu bersamaan dengan dua ekor anak gajah.

Dia sering memuat naik gambar rutin hariannya memaparkan badan dan ototnya yang besar.

Sejak mempunyai pengikut yang ramai di laman sosial media, Gharibi turut menjadi sensasi di internet apabila pengguna internet berasa kagum dengan pencapaiannya.

Pada masa lapang, Gharibi suka merakamkan gambar bersama objek-objek yang kelihatan kecil apabila diletakkan bersebelahan dengannya.

Walaupun Gharibi berbadan besar, namun menurut rakan-rakannya dia seorang yang baik hati dan lembut.


Share:

1 Oktober 2014

GRO PARSI LARI LINTANG PUKANG

Kuala Lumpur: Seorang penari gelek berpakaian separuh bogel cuba melarikan diri termasuk merempuh beberapa anggota polis wanita sejurus pihak berkuasa menyerbu sebuah pusat hiburan di Jalan Bukit Bintang di sini, awal pagi semalam.

Bagaimanapun wanita berusia 28 tahun itu ditahan lima anggota polis walaupun wanita itu meronta-ronta minta dilepaskan. 

Dalam serbuan dilakukan jam 1 pagi itu, wanita warga Uzbekistan dikatakan panik selepas menyedari kehadiran anggota polis Bahagian Pencegahan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman yang cuba melakukan pemeriksaan mengejut ke atas premis itu. 

Serbuan diketuai Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Roslee Chik dibuat hasil pendedahan eksklusif Sabtu lalu berhubung sebuah premis hiburan yang menawarkan tarian gelek berahi sebelum pelanggan boleh membawa penari ke ranjang.

ANTARA wanita warga asing ditahan dalam operasi di premis hiburan tarian berahi di Bukit Bintang, semalam.

Roslee berkata, hasil serbuan itu pihaknya menahan 30 wanita membabitkan warga Uzbekistan, Mesir, Maghribi, Iran dan Turki atas pelbagai kesalahan termasuk menjadi pelayan pelanggan (GRO) yang menawarkan khidmat pelacuran.

Menurutnya, rata-rata wanita berusia 20 hingga 30 tahun itu tidak mempunyai dokumen yang sah selain ada yang memiliki pas lawatan palsu dan menyalahgunakan pas lawatan dengan bekerja sebagai GRO. 
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI