Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label PALSU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PALSU. Papar semua catatan

19 Jun 2017

TIADA BERAS PLASTIK, HANYA TULEN


ALOR SETAR - Siasatan awal ke atas pemborong beras Cap Rambutan, syarikat OEL Distribution (Kedah) Sdn Bhd dekat sini yang tular dikatakan menggunakan beras plastik, mendapati syarikat itu menggunakan beras tulen.

Pemangku Pengarah Pejabat Kawal Selia Padi negeri, Mohd Hidzir Selamat berkata, melalui pemeriksaan yang dilakukan beliau dan sepasukan lima anggotanya pagi tadi mendapati beras di kilang tersebut diambil dari sumber yang sah.

"Kami telah mengambil sampel beras dan menjalankan beberapa ujian tekstur dan ujian iodin dan hasilnya kami dapati ia mempunyai kanji dan merupakan beras tulen.

"Malah kami turut melakukan pemeriksaan ke atas mesin pengampit beras di premis berkenaan dan ia bukan digunakan untuk membuat beras plastik," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, pihaknya tetap akan menghantar sampel beras berkenaan ke Jabatan Kimia bagi mengetahui kandungan dan komposisi sebenar, sekali gus mengetahui keputusan yang lebih tepat.

Terdahulu, pihaknya melakukan pemeriksaan di sekitar premis tersebut dan melakukan beberapa ujian bagi memastikan ketulenan beras, termasuk memasak sendiri beras berkenaan.

Pemeriksaan itu dilakukan susulan video tular seorang lelaki mendakwa beras Cap Rambutan sebagai beras plastik, melalui tindakannya mengepal nasi  dan membaling ke arah benda yang keras dan mendapati ia tidak pecah.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya kepada maklumat tidak sahih yang disebarkan di media sosial, sebaliknya merujuk kepada pihak berkuasa terlebih dahulu. - Bernama
Share:

3 Februari 2017

IC BANGSA JOHOR??


Kerajaan Negeri Johor menafikan pernah mengeluarkan kad pengenalan ‘Bangsa Johor’ seperti yang tular di media sosial ketika ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Azmi Rohani berkata, kad sedemikian tidak pernah dikeluarkan kerajaan negeri atau mana-mana jabatan kerajaan di negeri ini.

Menurutnya, penggunaan identiti Johor tanpa merujuk Setiausaha Kerajaan Negeri adalah dilarang sama sekali.

Sehubungan itu kerajaan negeri memberi amaran kepada pihak yang memuat naik pelawaan mendapatkan kad pengenalan terbabit di laman sosial Facebook dan Twitter sejak beberapa hari lalu.

Katanya, orang ramai dinasihatkan berhati-hati kerana ia adalah palsu.
Share:

22 Ogos 2015

ADA PULAK UDANG SEGAR PALSU?

UDANG yang sudah disumbat dengan gelatin.

Boleh dikatakan setiap hari ada saja barangan pengguna palsu dikeluarkan usahawan di China.
Yang terbaru, udang segar palsu.

Media tempatan kelmarin melaporkan, wujud taktik kotor dilakukan penjual udang di pasar di negara itu supaya barangan dagangan mereka kelihatan segar dan gemuk.

Untuk menghasilkan udang seperti itu, pedagang dikatakan menambahkan gelatin ke dalam badan undang berkenaan.

Seorang penduduk di Whenzhou baru-baru ini menunjukkan udang yang dibelinya didapati lebih banyak berisi gelatin daripada isi udang.

Dia menyebarkan perbuatan pedagang itu dan memuat naik gambar udang yang dibelinya di laman sosial Weibo. Gambar berkenaan menunjukkan isi udang itu seperti jeli walaupun kulitnya asli.

Tindakannya mendorong agensi pemeriksaan ubat, makanan dan minuman China melancarkan serbuan dan pemeriksaan di beberapa pasar di seluruh China.

Share:

6 Januari 2015

AWAS!! ANDA MUNGKIN MEMILIKI DUIT PALSU..


Seorang pemuda terkejut apabila mendapati wang kertas RM50 yang diterimanya ketika membuat pengeluaran dari kaunter sebuah bank di Seri Kembangan, tidak lengkap.

Bagaimanapun, Nor Azam, 25 dari Felda Pasoh Tiga di sini, hanya menyedari keadaan itu semasa minum di sebuah kedai makan di Bandar Seri Jempol.

Menurutnya, dia mengeluarkan wang itu Jumaat lalu kira-kira jam 1 petang di Seri Kembangan sebelum dimasukkan ke dalam akaun bank lain menerusi mesin tunai automatik (CDM) tetapi gagal.

"Ketika itu, saya tidak mengesyaki apa-apa dan menyimpannya di dalam dompet.

“Saya hanya menyedari wang kertas ini berbeza ketika mahu membayar minuman ketika keluar minum bersama bapa dan rakan di Bandar Seri Jempol.

“Selepas meneliti wang terbabit, saya dapati hanya tertera angka lima dan tanpa ciri keselamatan,” katanya.

Katanya, hasratnya untuk menggunakan wang itu terpaksa dibatalkan kerana takut dituduh menggunakan duit palsu.

Dalam pada itu, Nor Azam berharap pihak bank memandang serius perkara ini kerana ia menimbulkan kesulitan kepada orang ramai yang berurusan jika menggunakan duit berkenaan.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI