Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label MAKKAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAKKAH. Papar semua catatan

24 September 2015

ANGKA KEMATIAN REMPUHAN DI MINA MENINGKAT


MINA: Angka kematian dalam insiden rempuhan manusia ketika mengerjakan haji tahun ini telah meningkat ke 717 orang, lapor Jabatan Pertahanan Awam Saudi di akaun rasmi Twitter agensi itu.

Dalam laporan itu turut memberitahu, jumlah umat Islam yang cedera di Mina adalah 863 orang.

Buat masa ini, pihak media masih cuba mendapatkan pengesahan dari Tabung Haji dan mana-mana agensi berkaitan untuk mengetahui jika ada warga Malaysia yang terlibat dalam rempuhan itu.
Share:

21 Mei 2015

HOTEL TERBESAR DI DUNIA BAKAL DIBINA DI MAKKAH?


Jeddah: Sebuah hotel yang didiangka terbesar di dunia dengan 10,000 bilik, 70 restoran, pusat beli-belah dan juga dilengkapi helipad akan dibina di bandar suci Makkah.

Projek AS$3.5 bilion (RM13 bilion) itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun.Hotel yang akan dinamakan Abraj Kudai itu dirancang dibina di kawasan seluas 291,000 meter persegi.

Ia juga akan mempunyai suite diraja, surau dan pusat konvensyen - semuanya di 12 menara berasingan.Tumpuan utama hotel itu ialah kubah utama yang dijangka yang terbesar dan tertinggi di dunia.

Disebabkan tapak hotel ini hanya 1.6 kilometer dari Masjidil Haram, ia dijangka menempatkan jutaan jemaah.

Namun, bagi tetamu yang ingin menginap di sini, mereka haruslah memiliki akaun bank yang kukuh kerana sasaran hotel itu ialah golongan yang mampu tinggal di hotel empat bintang di 10 menara dan lima bintang di dua lagi menara.

Dari segi seni bina, Abraj Kudai kelihatan mirip bangunan 1930-an.Areen Hospitality yang berpusat di London diberi kepercayaan untuk mereka bahagian dalamannya.

Share:

19 November 2014

FENOMENA RIBUT PASIR DI MAKKAH ADALAH PERKARA BIASA

Umpama malam! Itu gambaran langit sekitar Makkah yang dikatakan bertukar kemerah-merahan pada Jumaat lalu dikatakan berpunca daripada fenomena ribut pasir.


Biarpun keadaan itu sebenarnya biasa bagi warga Makkah, ia mencetuskan suasana tidak keruan di tempat lain yang penduduknya kurang tahu mengenai fenomena berkenaan.

Ia bertambah kalut apabila klip video 59 saat yang memaparkan keadaan Makkah ketika itu - gelap dan berdebu - menjadi viral di laman sosial selepas dimuat naik pada Jumaat lalu.

Menurut rakyat Malaysia yang juga Penterjemah Khutbah Masjidil Haram, Mohamad Nurul Hafiz Abdul Latif, 30, kejadian itu bukan pelik di kalangan penduduk Arab Saudi kerana berlaku saban tahun.

"Fenomena itu kerana ribut pasir. Oleh itu, kejadian selepas solat Jumaat lalu yang dihebohkan di Malaysia itu bukannya pelik,” katanya yang menetap di Tanah Suci sejak sebelas tahun lalu.

Sementara itu, menurut portal berita Sabq, pejabat Presiden Meteorologi dan Persekitaran (PME) melaporkan hujan dan ribut petir diiringi angin debu terus melanda beberapa kawasan di Qassim, Riyadh dan Timur manakala di bahagian utara suhu berkabus.

Tambah portal itu, pihak pertahanan awam mengeluarkan amaran kepada warga Jeddah dan Makkah menerusi laman sosial agar menjauhi pantai, lampu jalan dan pokok selama beberapa jam bagi mengelak kemalangan.

Ribut dengan debu juga berlaku di Makkah Madinah, Hail, Al-Jouf dan sempadan utara sementara hujan lebat muncul di Asir Al-Baha dan Jazan pada petang Ahad.

Hujan lebat turut menggangu laluan trafik di lebuhraya Harmain mengakibatkan kenderan bergerak perlahan.

Pada kejadian Jumaat lalu, ribut pasir dan hujan lebat turut menyebabkan berlaku banjir sekitar Makkah sehingga merosakkan kenderaan dan kediaman penduduk.

Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI