Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label KEPALA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEPALA. Papar semua catatan

7 April 2017

BUAT TAK TAHU JER??



Nasib malang menimpa seorang wanita apabila kepalanya tersepit pada pintu gerabak kereta api bawah tanah di bandar raya ini.

Lebih malang lagi, orang ramai yang melintas di hadapan pintu itu tidak membantunya, termasuk pekerja stesen berkenaan.

Video yang tular di media sosial menunjukkan kepala wanita itu dari paras leher terjulur keluar sementara anggota tubuhnya yang lain masih di dalam gerabak.

Dia terperangkap dalam keadaan itu sepanjang kereta api berkenaan berhenti di stesen itu. Seorang pengguna merakam penderitaannya sementara yang lain hanya melintas gerabak itu tanpa usaha untuk membantunya.

Wanita itu bagaimanapun tidak merayu untuk dibantu. Lebih aneh lagi, dia juga tidak kelihatan cemas mengenai keadaannya itu.

Seorang wanita lain kedengaran meminta seseorang membantu membuka pintu berkenaan.

Bagaimanapun, video itu tidak menyatakan stesen tempat kejadian itu dirakam atau berapa lama wanita itu tersepit dan sama ada dia cedera.
Share:

13 Januari 2017

MAHAGURU TERSASAR


Gara-gara mahu menunjukkan kepakarannya, seorang guru seni pertahanan diri nyaris menyebabkan seorang lelaki mati.

Satu video menunjukkan guru berkenaan mempamerkan kehebatannya dengan menggunakan tukul besi untuk menghancurkan buah yang disusun berhampiran dua sukarelawan yang baring di lantai.

Dengan matanya ditutup, guru itu mengangkat tukulnya lalu menghayunkannya untuk menghancurkan buah berkenaan.

Orang ramai yang menyaksikan persembahan itu kagum dengan kemahiran guru itu memecahkan buah tembikai dan kelapa satu per satu walaupun dalam keadaan matanya ditutup.

Bagaimanapun, apabila tiba pada sukarelawan kedua, guru itu melakukan kesilapan apabila tersilap mengagak kedudukan kelapa yang diletak dihujung kepala sukarelawan itu.

Ia menyebabkan hayunan tukul itu terkena kepala sukarelawan berkenaan.

Sukarelawan itu menjerit kesakitan dan merengkokkan badannya sebelum dilihat pengsan seketika.

Orang ramai bergegas membantu lelaki yang cedera itu sementara guru terbabit menanggalkan penutup matanya apabila menyedari dia melakukan kesilapan.

Mangsa kemudian dirakam berdiri dan berjalan sambil memegang kepalanya. Tidak dapat dipastikan sama ada dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika sambutan perayaan agama Sikh di selatan India.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI