Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label KECELAKAAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KECELAKAAN. Papar semua catatan

7 Disember 2015

MALAPETAKA FUN FAIR DI PORT DICKSON

Foto Sinar Harian

PORT DICKSON : Dua lelaki tercampak dan seorang wanita tersepit selepas buaian besar di pesta ria di PD Waterfront, di sini, tumbang 12 tengah malam tadi.

Difahamkan, mangsa wanita, Hawa Liana Kamar Bashah, 21, parah, manakala mangsa lelaki, Abd Rahman Mohamad, 35, dan Nor Aminur Rashid Nor Hisham, 17 cedera.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Pegawai Bomba Kanan II Sulong Addin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.06 tengah malam sebelum sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota ke lokasi kejadian.

Menurutnya, seorang wanita tersepit pada kerusi buaian itu, manakala dua lelaki tercampak ke bawah buaian dan anggota bomba menggunakan tangga untuk memotong rantai buaian setinggi kira-kira tiga meter dan menurunkan kerusi buaian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk dirawat dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Share:

12 Oktober 2014

GAMBAR JEJANTAS TERBANG HEMPAP KENDERAAN LALU LALANG DI JOHOR

Bumbung sebuah jejantas pejalan kaki di Lebuh Raya Perling-Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena runtuh pada kira-kira 4.30 petang hari ini ketika hujan lebat.


Menurut kenyataan Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, kejadian itu menyebabkan seorang pemandu lori cedera setelah tersepit dalam lorinya yang dihempap bumbung itu.

Dua buah kereta iaitu sebuah Honda Jazz, Toyota Vios dan sebuah motosikal turut mengalami kerosakan dalam kejadian itu.


Ketika ahli bomba sedang melakukan kerja-kerja penyelamatan, didapati seorang mangsa lelaki iaitu pemandu lori sedang tersepit di bawah bumbung kepala lori terbabit dan akhirnya berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba.

Mangsa terus dihantar ke Hospital Sultanah Aminah dengan ambulans," menurut kenyataan itu.

Pihak bomba menghantar sebuah jentera bersama sembilan anggota sebaik menerima panggilan tentang kejadian itu pada 4.36 petang dan tiba di lokasi kejadian pada 5.05 petang.

Gambar ketika di lokasi kejadian



Share:

20 September 2014

4 BUAH KERETA RANAP DI HEMPAP IKLAN KONKRIT


Pulau Pinang: Empat kereta rosak teruk selepas dihempap papan iklan yang terjatuh dari bumbung sebuah bangunan lima tingkat akibat dipukul ribut dalam kejadian di Krystal Point, Bayan Baru di sini, malam ini.

Kejadian berlaku pada waktu senja apabila angin kencang disusuli hujan lebat menyebabkan papan iklan berkenaan jatuh lalu menghempap kereta beberapa kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir kereta di luar bangunan berkenaan.

Saksi dikenali sebagai Mary, 25, berkata sebelum kejadian, dia berada di hadapan bangunan itu sambil melihat keadaan awan yang tiba-tiba bertukar gelap dan ketika itu hujan rintik-rintik.

"Tidak lama kemudian satu bunyi kuat seperti ketulan batu yang pecah jatuh bertaburan dari atas bumbung sebelum papan iklan konkrit itu jatuh menjunam dan terus menghempap beberapa kereta dan saya berlari masuk ke dalam bangunan untuk menyelamatkan diri.

"Selepas itu, ramai orang berkerumun untuk melihat kejadian berkenaan dan nasib baik tiada mangsa dilaporkan cedera," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Komander Kanan Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Abdul Rahim Ismail berkata, sepasukan pegawai dan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati papan iklan sebesar enam hingga 12 kaki yang berada di bahagian bumbung di tingkat lima runtuh dan jatuh.

Beliau berkata, runtuhan itu menyebabkan empat kenderaan rosak teruk dan pihaknya akan mengarahkan pihak pengurusan bangunan mengosongkan kawasan runtuhan untuk kerja membersihkan saki baki runtuhan.

"Kerja pembersihan akan dilakukan sepenuhnya esok dan tiada mangsa dilaporkan mengalami kecederaan akibat runtuhan itu.

"Kejadian berlaku dipercayai akibat ribut dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.
Share:

14 September 2014

TERPELANTING MACAM ANAK PATUNG


Sydney: Pihak berkuasa Australia menyiasat kematian seorang kanak-kanak perempuan Malaysia berusia lapan tahun yang terpelanting ‘seperti anak patung’ daripada permainan di acara tahunan Royal Adelaide Show, kelmarin.

Polis Australia Selatan berkata dalam satu kenyataan, mangsa yang melancong ke Australia bersama keluarganya terpelanting daripada AirMaxx360 ride pada petang Jumaat lalu. 
Mangsa diberi rawatan oleh paramedik dan dibawa ke hospital di Adelaide namun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu. 

Saksi, Malinda Dunwoodie berkata dia berada berhampiran permainan berkenaan ketika kejadian.

“Saya nampaknya tergantung dalam keadaan terbalik dengan hanya kakinya tersangkut di tempat duduknya. Mangsa juga menggapai tangannya dalam usaha menyelamatkan dirinya.

“Namun selepas itu saya nampaknya ‘terbang’ sehingga kira-kira 15 meter di udara tidak ubah seperti anak patung. Saya terus berlari ke arahnya dan memang ketika itu saya menggigil ketakutan kerana begitu terkejut dengan kejadian itu. 

“Keadaan itu terlalu ngeri, seperti kisah seram. Orang ramai menjerit-jerit namun kami tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya. 

Sementara itu, jurucakap Kedutaan Malaysia berkata pihaknya bersama Konsul Kehormat Malaysia di Australia Selatan turut menghulurkan bantuan diperlukan kepada keluarga mangsa. 

Lokasi kejadian dipenuhi anak patung dan bunga diletakkan orang ramai untuk memperingati mangsa. 

Kakitangan acara itu, Katherine Ritson berkata kejadian berkenaan itu tragedi yang tidak dapat dilupakan. 

Agensi keselamatan dan kesihatan kerja Australia Selatan, SafeWork SA berkata, permainan itu yang beroperasi buat kali pertama di Royal Adelaide Show akan ditutup untuk siasatan. 

Permainan sepanjang 15 meter dan selebar 18 meter itu nampak seperti labah-labah gergasi dan mampu membawa sehingga 24 orang. 

Acara Royal Adelaide Show dilawati hampir setengah juta orang setiap tahun dan menawarkan pelbagai permainan selain pameran pertanian dan haiwan ternakan.

Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI