Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label Fesyen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fesyen. Papar semua catatan

1 September 2015

FESYEN TANAM POKOK ATAS KEPALA?


BEIJING - CHINA. Macam-macam ragam, itulah yang berlaku di China sekarang, mana tidaknya fesyen 'menanam' tumbuhan kecil di atas kepala kini menjadi  ikutan ramai di negara itu.

Berdasarkan laporan Taobao, fesyen itu menjadi ikutan bukan sahaja kepada kaum wanita muda, malah lelaki dewasa serta kanak-kanak kini secara beramai-ramai menanam tumbuhan di atas kepala mereka.

Trend  ini terjadi rupa-rupanya dek kerana masyarakat China terpengaruh dengan karektor kartun maskot Yan Jun, yang memiliki tumbuhan di atas kepalanya.

Oleh kerana merasakan comel dan uniknya karektor Yan Jun, masyarakat di China cuba mencontohi karektor tersebut.
Share:

5 September 2014

SI YAHUDI "JOAN RIVERS" AKHIRNYA TEMUI AJAL

Siapa tidak kenal dengan pengacara program fesyen ini (Joan Rivers).Mukanya tidak ubah seperti kucing mahupun si penjahat di dalam filem Batman iaitu JOKER.

Dia seorang Yahudi Russia

Pengacara lantang dalam program Fashion Police, Joan Rivers, 81, meninggal dunia di Hospital Mount Sinai, New York pada jam 1.15 pagi (waktu Malaysia) selepas seminggu koma akibat serangan jantung.

Dia amat dikenali sebagai pengacara dan pengkritik fesyen lantang dalam program Fashion Police yang diacarakan bersama George Kotsiopoilos, Kelly Osbourne dan Guiliana Rancic.

Ogos lalu, pengacara keturunan Yahudi ini mengundang kemarahan umat Islam termasuk penggemar Fashion Police apabila mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat Palestin memang berhak untuk mati apabila ditanya mengenai kematian penduduk Gaza akibat serangan tentera zionis dalam perang 50 hari. 

"Anda yang mulakan. Anda mati, anda memang berhak untuk mati!" katanya dalam temubual itu. 
Rivers dalam buku autobiografinya sebelum ini pernah menyatakan hasrat pelik iaitu mahu majlis pengebumiannya diadakan secara besar besaran lengkap dengan kamera dan lampu. 

Dia juga mahu majlis itu mendapat liputan meluas paparazzi dan wartawan.- AGENSI

Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI