Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label CUKAI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CUKAI. Papar semua catatan

19 Oktober 2016

DATUK SERI VIDA TETAP BERSABAR DAN REDHA SELEPAS APA YANG BERLAKU


JUTAWAN kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman, 45, atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida baru-baru ini telah memberi kenyataan secara eksklusif selepas didakwa di mahkamah atas pertuduhan tidak membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Menganggap perkara tersebut sebagai dugaan terbesar dalam hidupnya, Datuk Seri Vida bersyukur kerana masih ramai insan berhati mulia yang sudi mendoakan kesejahteraan buat dirinya dan keluarga.

“Saya tidak sangka ramai yang mendoakan supaya saya bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini. Mereka melakukan solat hajat untuk saya dan sikitpun saya tidak jangka ia berlaku.

"Alhamdulillah, semangat saya hari ini adalah kerana kekuatan doa oleh orang ramai kepada saya. Saya kuat kerana mereka. Saya percaya jika kita ikhlas melakukan sesuatu dan sentiasa sabar, Insya-Allah ada ganjarannya,” katanya.

Datuk Seri Vida ditemui ketika sedang menjalani penggambaran sebuah program terbitan Astro di Janda Baik, Pahang, pada Jumaat lepas.

Selain itu, ahli perniagaan berjaya ini juga turut menganggap dugaan yang diterimanya hari ini sebagai penguat untuknya supaya terus bangkit dan maju dalam empayar perniagaannya.

“Adat orang berniaga, ada pasang surutnya. Dugaan ini adalah pembakar semangat saya untuk terus melebarkan empayar perniagaan saya,” ujarnya bersemangat.

Meletakkan profesionalisme sebagai moto hidupnya, Datuk Seri Vida berkata, pertuduhan yang dihadapinya di mahkamah tidak sesekali menghalangnya untuk terus komited dengan kerja.

"Selepas saya ke mahkamah, saya terus ke sini (Janda Baik) dan meneruskan penggambaran dengan pihak Astro. Saya tidak mahu mencampur adukkan kerja dengan masalah peribadi.

"Kerana saya percaya masalah peribadi dan komitmen kerja merupakan dua perkara berbeza dan tidak sepatutnya kita mengabaikan tugas kerana masalah lain.

"Masalah akan tetap ada, tetapi kerja perlu dilakukan untuk meneruskan hidup," katanya positif. 

Kepada Datuk Seri Vida, semoga terus tabah menghadapi ujian ini.
Share:

21 September 2016

GOOGLE BERHUTANG DENGAN INDONESIA SEBANYAK RM1.6B?


Indonesia akan menyiasat syarikat induk Google, Alphabet Inc kerana tidak membayar cukai tertunggak selama lima tahun, kata seorang pegawai kanan di kementerian kewangan semalam.

Ketua cawangan kes khas jabatan cukai Indonesia, Muhammad Haniv berkata, Google terpaksa membayar lebih AS$400 juta (RM1.6 bilion) termasuk denda jika syarikat itu didapati mengelak cukai untuk tahun 2015.

Muhammad Haniv memberitahu agensi berita Reuters bahawa pegawai-pegawainya telah pergi ke pejabat Google di republik itu kelmarin.

Pihak berkuasa Indonesia mendakwa, PT Google Indonesia membayar kurang daripada 0.1 peratus daripada cukai ke­seluruhan yang sepatutnya dibayar tahun lalu.

Ketika diminta mengulas berhubung komen Haniv, Google Indonesia mengulangi kenyataan pada minggu lepas bahawa gergasi enjin carian internet itu akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dan telah membayar semua cukai yang dikenakan.

Langkah itu diambil ketika Indonesia berusaha meningkatkan kutipan cukai bagi mengurangkan defisit belanjawan dan membiayai program infrastruktur mega.

Kerajaan-kerajaan lain di seluruh dunia juga memohon untuk mengetatkan kawalan ke atas apa yang dianggap sebagai tindakan mengelak cukai oleh konglomerat asing.

Tambah Haniv, pejabat cukai bercadang untuk memburu firma-firma internet lain untuk cukai tertunggak.

Jika didapati bersalah, Google mungkin perlu membayar denda AS$415 juta (RM1.71 bilion) iaitu empat kali jumlah cukai yang perlu dibayar pada tahun 2015.

Haniv bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah cukai tertunggak bagi tempoh lima tahun tersebut.

Kementerian komunikasi menganggarkan nilai pengiklanan digital di Indonesia pada tahun lalu ialah sekitar AS$800 juta (RM3.3 bilion) tanpa cukai. – AFP

Share:

9 November 2015

RANI KULUP BERSUARA MENGENAI RAMPASAN VAPE OLEH KERAJAAN


KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta berterus terang seandainya mahu mengenakan cukai dalam isu penjualan vape selain tidak membuat serbuan yang bertujuan menakut-nakutkan peniaga serta golongan yang menghisapnya.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, tindakan berdolak-dalik hanya akan mengelirukan rakyat sekali gus menjadikan mereka mempunyai persepsi negatif terhadap kerajaan.

Kalau hendak cukai, cakap sahajalah. Mengapa buat serbuan dan rampasan di sana sini tanpa alasan kukuh.

"Nikotin bukan alasan kukuh. Jangan bandingkan vape dengan rokok, ia dua alat yang jauh bezanya. Kalau hendak rampas atau buat serbuan, buat juga pada rokok," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada Ahad, Abdul Rani menyertai Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) dalam memberi amaran kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bakal hilang satu juta undi pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 jika peniaga vape terus berdepan tindakan pihak berkuasa.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di laman Twitternya mahu ketegasan kerajaan dalam isu rokok sama seperti vape.

Kata Khairy, kerajaan perlu mengharamkan juga rokok jika mengambil keputusan untuk mengharamkan vape di negara ini.


Dalam pada itu jelas Abdul Rani, kerajaan akan berhadapan masalah pada PRU akan datang seandainya tidak segera menyelesaikan isu vape.

Bayangkan jika hampir satu juta anak muda dalam komuniti vape ini merajuk dan menyalahkan kerajaan, ia pasti mengundang masalah kepada kerajaan untuk mendapatkan sokongan pada PRU kelak.

"Jika hati mereka sudah terguris, ia bukan senang hendak diubati. Hati anak-anak muda terlalu sensitif dan perlu dijaga. Mereka juga tidak suka dikelirukan dengan isu yang remeh begini," ujarnya.

Pada Ahad Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, jawatankuasa khas e-rokok yang baharu ditubuhkan akan mengadakan mesyuarat pertamanya pada Isnin.

Katanya, agenda utama jawatankuasa khas itu adalah mengkaji kandungan cecair perisa vape mengikut Akta Racun 1952 bagi menentukan sama ada ia mempunyai bahan yang boleh menjejaskan kesihatan atau tidak.

Menurut Noor Hisham, Kementerian Kesihatan bertanggungjawab melindungi kesihatan orang ramai sebelum meluluskan produk vape yang kini diragui pelbagai pihak, khususnya golongan ibu bapa.

Sebelum ini, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris mahu Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S Subramaniam menanggung semua kerugian yang dialami oleh pengusaha dan perniaga vape yang terlibat dengan operasi yang dilakukan baru-baru ini.

Tegasnya, pihaknya sangat terkilan dengan tindakan dan perlaksanaan terburu-buru Kementerian Kesihatan yang menyerbu premis vape.

Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI