Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label 2015. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2015. Papar semua catatan

26 April 2015

TERKINI !! GAMBAR GEMPA BUMI DI NEPAL RAGUT RIBUAN NYAWA !!


NEPAL - Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dengan angka kematian meningkat kepada lebih 1,800 orang di Nepal, kebanyakannya di Kathmandu manakala India melaporkan 51 kematian dan 10 cedera di Tibet susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 melanda kawasan Himalaya itu tengah hari semalam.

Gempa bumi itu yang menyebabkan runtuhan besar-besaran berhampiran kem 1 dan 2 Gunung Everest, setakat ini merekodkan 18 kematian.

Menurut pegawai Nepal, terdapat hampir 1,000 orang di kawasan gunung itu semasa gempa bumi itu berlaku pada kira-kira tengah hari (waktu tempatan) semalam.

Pusat Kaji Ukur Geologi Amerika Syarikat berkata gempa bumi itu berlaku pada 11.56 pagi (2.56 petang waktu Malaysia). Awalnya dilaporkan ia berukuran 7.7 pada skala Richter sebelum ukurannya dipinda kepada 7.5 dan kemudiannya dinaikkan kepada 7.9.

Setakat ini, 45 gempa susulan dilaporkan dengan ada antaranya berukuran 5 hingga 6 pada skala Richter.

Gempa bumi itu mengakibatkan kemusnahan besar-besaran harta benda dan juga merosakkan banyak mercu tanda bersejarah termasuk tapak warisan diiktiraf UNESCO seperti Menara Dharahara Tower dan Dataran Durbar.

Bekalan elektrik, air dan rangkaian telekomunikasi dilaporkan mengalami gangguan semalam dan awal pagi ini talian komunikasi kembali pulih secara berperingkat di beberapa kawasan.

Pihak berkuasa di India dan Nepal berkata, berlaku krisis kemanusiaan dengan kebanyakan penduduk di bandar raya terjejas masih belum dapat menerima hakikat kejadian bencana alam itu.

Penduduk dilaporkan berada dalam keadaan tidak keruan dan kesedihan jelas terpancar pada wajah mereka yang kematian anggota keluarga dan rakan dengan angka kematian dijangka terus meningkat tatkala pasukan mencari dan menyelamat dilaporkan sudah sampai ke kawasan bukit lebih tinggi dengan Lembah Kathmandu dilaporkan paling teruk terjejas.

Susulan banyak maklumat dilaporkan tentang tahap kemusnahan, media tempatan di ibu negara Nepal pula memaparkan visual beribu-ribu penduduk bermalam di kawasan terbuka, dengan pihak berkuasa mengeluarkan amaran lebih banyak gempa susulan dijangka berlaku dalam 24 jam akan datang.







Share:

2 Januari 2015

MATI SIA SIA SAMBUT TAHUN BARU 2015

Shanghai


Kejadian berasak-asak ketika sambutan tahun baru di bandar raya ini menyebabkan 35 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera.

Punca sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan, tetapi media dan saksi berkata, sebahagiannya mungkin disebabkan orang ramai yang cuba mengutip wang palsu yang dicampak dari sebuah bangunan yang menghadap kawasan dermaga terkenal di bandar raya itu.

Seorang lelaki yang membawa seorang mangsa yang cedera ke sebuah hospital tempatan berkata, wang palsu berkenaan dicampakkan sebagai sebahagian daripada sambutan menyambut tahun baru.

Ia menyebabkan orang ramai berebut-rebut memungutnya menyebabkan ada yang jatuh dan dipijak.Cui Tingting, 27, berkata, dia memungut beberapa keping wang berkenaan tetapi membuangnya semula apabila menyedari ia palsu.

“Terlalu dahsyat. Orang di depan kami sudah jatuh dan yang lain memijak mereka,” katanya.
Agensi berita Xinhua bagaimanapun berkata, terlalu awal untuk mengesahkan wang palsu itu punca kejadian.

Seorang saksi lain berkata, kekecohan juga berlaku tidak jauh dari tempat itu dengan orang ramai cuba menaiki sebuah pentas berdepan dengan dermaga.

Agensi berita Xinhua melaporkan, ada yang terpijak selepas jatuh ketika naik dan turun pentas itu.“Kami terperangkap di tengah-tengah dan melihat beberapa gadis jatuh dan menjerit. Selepas itu, keadaan menjadi lebih teruk apabila ramai lagi turut terjatuh,” kata seorang saksi, Yin.

Sementara itu, kekecohan juga berlaku di hospital apabila orang ramai yang ingin tahu nasib anggota keluarga masing-masing kecewa selepas polis enggan memberi maklumat dan memaksa mereka pulang.

Radio Shanghai melaporkan, kebanyakan yang mati dan cedera ialah pelajar. Daripada 35 yang terbunuh, 25 ialah wanita. Ada juga kanak-kanak yang menjadi mangsa.

Sehubungan itu, Presiden Xi Jinping mengarah pihak berkuasa China menyiasat tragedi itu secepat mungkin.


Manila


Kebakaran besar dipercayai berpunca daripada mercun dan bunga api menyebabkan tiga orang terbunuh dan memusnahkan ratusan rumah di sebuah kawasan setinggan di bandar raya ini semalam.

Ia satu daripada kejadian kebakaran yang dilaporkan di seluruh Filipina ketika rakyat negara itu menyambut kedatangan tahun baru.

Pegawai sebuah perkampungan setinggan di pinggir bandar Quezon Noel Carino berkata, mercun dan bunga api itu dibakar oleh kanak-kanak dan kebakaran yang berlaku merebak dengan cepat menyebabkan rumah sepanjang lebih sekilometer di kawasan setinggan itu musnah.

Keadaan bertambah buruk apabila anggota bomba berdepan kesukaran untuk memadamkan kebakaran kerana lorong yang sempit.

“Ia tragedi memilukan untuk menyambut tahun baru,” kata Carino.

Ramai penduduk terpaksa menggunakan apa saja untuk menyeberang sungai bagi menyelamatkan barangan milik mereka.

Jurucakap bomba Renato Marcial berkata, sekurang-kurangnya 14 kebakaran dilaporkan di seluruh negara pada malam tahun baru.

Penduduk Filipina memang terkenal menyambut tahun baru dengan mengadakan parti liar.

Sementara itu, bunga api dan tembakan ketika sambutan tahun baru di negara itu turut menyebabkan 354 orang cedera dengan lebih 12 terpaksa menjalani pembedahan memotong anggota badan, termasuk budak lelaki berusia lima tahun.

Setiausaha Kesihatan Janette Garin berkata, jumlah kecederaan akibat sambutan tahun baru kali ini bagaimanapun adalah antara yang rendah dalam tempoh lima tahun.

Menurutnya, 351 orang cedera akibat mercun manakala tiga lagi terkena peluru sesat pada hari terakhir 2014.

Bagaimanapun, jumlah mereka yang terpaksa menjalani pembedahan memotong anggota badan mereka akibat cedera meningkat kepada 14 berbanding lapan tahun lalu.

Katanya, jumlah kecederaan berkurangan kerana kempen yang dilakukan pelbagai pihak terhadap pembakaran bunga api.

Ribut tropika Jangmi yang melanda wilayah tengah dan selatan negara itu juga membantu mengurangkan jumlah kemalangan.

Sambutan ketibaan 2014 lalu menyaksikan sekurang-kurangnya dua terbunuh dan 793 lain cedera.


Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI